Pages

19 November 2015

Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Awam (2)

Assalamualaikum,

Seperti yang kalian sedia maklum, bulan 9 lepas Oshin ada hadiri peperiksaan menaip untuk pengesahan jawatan. Kan? Tunggu punya tunggu akhirnya keluar sudah keputusan. Kira cepatlah juga sebab ikutkan syarat peperiksaan katanya 3 bulan baru keluar. Apa keputusan?


Alhamdulillah Oshin lulus!

Satu lagi peperiksaan Oshin ambil pada bulan 10 lalu. Ikutkan kali kedua lah peperiksaan ni sebab kali pertama Oshin kandas. Hehe. Kali ni berbekalkan buku tebal untuk rujukan dan ilmu yang Oshin ada sepanjang kerja baru ni, alhamdulillah dapat digunakan sebaiknya. Apa keputusan?


Syukur alhamdulillah. Peperiksaan kali ni pun lulus juga. Kursus pun Oshin dah pergi bulan 5 yang lalu. Ini bermakna tunggu masa untuk pengesahan jawatan lah nanti. Memang target Oshin bila masuk kerja dan ingatan dari mak ayah juga untuk cepat-cepat ambil peperiksaan untuk pengesahan ni. Katanya mudah nanti untuk urusan pinjaman atau hal-hal lain.

Oshin seronok dan bersyukur sebab tahun 2015 ni banyak kenangan manis. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih tak terhingga.

3 ulasan:

Anum berkata...

tahniah

anakdenesor berkata...

tahniahhhhh

Cik Nor berkata...

tahniah..:)