17 Julai 2017

Birthday Suprise!

Assalamualaikum...

Tanggal 16 Jun 2017 genaplah umur Oshin 31 tahun. 3 series dah okey. Bakal ibu pulak tu. Hehe. Alhamdulillah segala misi, visi, perancangan dan impian satu persatu terlaksana. Dulu aim nak kahwin umur 24 tahun tapi Allah dah aturkan segalanya dengan baik. Walaupun tak capai target masa tu, banyak lagi rezeki yang Allah bagi untuk Oshin. Semuanya dipermudahkan.

Back to story....

Oshin selalu hint kat husband tak pernah dapat bunga. Hehe. Mengada kan. Tapi suami sendiri apa salahnya kan. Tanpa disangka rupanya diam-diam husband order bouquet flower ni untuk suprise birthday Oshin. Siapa tak gembira oi!!!


Dalam diam husband search delivery ni kat facebook. Plan asal dia suruh hantar lepas solat jumaat tapi terawal pulak dia datang. Hehe. Apa-apa pun Oshin hargai sangat usaha husband untuk suprise ni. Sejak zaman bercinta husband tak pernah buat hal macam ni. Kahkah.

Betullah orang kata, bila dah kahwin lagi seronok rasa bila dapat suprise macam ni. Sebab dah halal kan jadi kalau nak peluk cium ke ape redah saje. Haha. Dapat bunga sebab bulan puasa. Jadi berangan lah nak mintak coklat ke kek ke. Hehe.

Thank you, husband ! I love you so much 💘

10 Julai 2017

Bertukar Jabatan!

Assalamualaikum,

Lama dah tak mencoret kat sini. Last post bulan 12/2016. Homai lama sungguh tak update. Banyak sangat story kena share ni. Ada yang happy, sedih, suka, duka, senang kata macam-macam lah jadi.

Tapi Oshin share story paling latest lah. Hari ni merupakan hari kedua Oshin bertukar ke jabatan baru. Sebelum ni kat HQ di Nusajaya tapi sekarang i'm back to my hometown. Bukan diarah bertukar tapi Oshin yang mintak tukar. Hehe.

Bukan sebab homesick tak leh kerja jauh tapi adalah atas alasan tertentu. Mana yang ada keliling tau lah alasan apa. Huhu. Malas nak ingat, malas nak cerita. Nanti kang sentap lebih dapat lagi gelaran baru. Puihhh.

So dah tukar jabatan ni nak happy-happy je. Nak mula chapter baru, kenangan baru. Plus menanti kehadiran orang baru juga. Yippi!!! Tapi hujung tahun baru keluar orang baru. Hehe. Doakan dipermudahkan ye.

InsyaAllah Oshin akan share story yang happy-happy lepas ni. Especially life after married. Oh, tetiba rindu husband sebab beberapa hari ni tak dapat nak jumpa atas urusan kerja. Take care sayang 😘

18 Disember 2016

Status Bertukar!

Assalamualaikum,

Dah hampir sebulan lebih bertukar status. Barulah terasa nak sharing is caring dengan semua. Hehe. Tapi mostly gambar tak masuk dalam pc ni. Jadi mana yang ada saja lah Oshin share ye.

Make up by Nurul Nadiah
Oshin memang melting sangat tengok muka sendiri masa nikah ni. Haha. Over jap k. Rasa soft je solekan kawan baik Oshin ni. Nadiah ni kawan Oshin dari sejak zaman sekolah tadika lagi. Masa tunang dulu pun memang pilih dia untuk mekap. Cantik kan sentuhan dia.

Oshin dan mak
Gambar ni pulak mekap untuk bersanding. Mak Oshin pun gunakan khidmat Nadiah jugak untuk mekap. Nampak glowing gitu kan. Hehe. Gambar masa majlis akan dikongsi bila dapat dari photographer ye. Nak tengok ke suami Oshin?

Bercuti di Bukit Fraser
Inilah wajah kesayangan Oshin.. Hehe. Tak pernah sangka dan tak pernah duga, cinta pertama dulu jadi cinta keakhirnya. Inilah yang diakatakan jodoh. Semoga hubungan kami akan berkekalan hingga akhir hayat dan ke syurga bersama. In shaa Allah.