Pages

17 April 2013

Setia Bersama #JDT #LuaskanKuasamuJohor

Assalamualaikum...

Tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim #JDT atas kemenangan menentang pasukan Selangor #VivaSelangor semalam. Serius macam nak gugur jantung tengok game semalam. Satu perlawanan yang cukup menarik dari kedua-dua pasukan. Menang kalah adat pertandingan. Kita kan 1 Malaysia. ehem.


Of course lah Oshin sokong pasukan negeri kelahiran tercinta. JDT ! JDT ! JDT ! Kalah menang tetap jadi pilihan. hehe. Barulah dikatakan penyokong sejati. cewah. So seperti pasukan lain yang bertanding pasti ada penyokong padu yang menggelarkan diri mereka Ultras kan. Dan bagi Johor mana-mana perlawanan akan ada kumpulan yang bergelar "Boys Of Straits". Semangat mereka ni sepanjang perlawanan sangat mengagumkan. Rasa macam nak join tapi nama group pon "BOYS" kan jadi lebih sesuai untuk kaum Adam sahaja. hehe.

Kaum Hawa sokong dari belakang je. Itupun dah dikira sebagai penyokong. Ye dak ? Tiap kali perlawanan satu lagu yang cukup berhantu serta sangat diingati adalah lagu SETIA BERSAMA. First time pergi stadium dan dengar lagu ni rasa kagum sebab satu stadium bergema dan saling sokong satu sama lain. Terasa semangat menyerap masuk dalam diri. haha. Ayat nak over kan. Tapi Oshin yakin siapa pun tak kira la penyokong pasukan mana pun kalau ada Ultras dari team memasing nyanyi lagu mesti nak follow sekali kan. hiksss.

Jom layan lirik Setia Bersama :

Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale

5 ulasan:

Anum berkata...

:)

Anis Farhana berkata...

Tak berapa minat bola tapi kadang kadang layan jugak.

kedah kedah :D

syasya qyla berkata...

Jdt the bestt... :))

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat jdt kerana berjaya menjuarai piala afc 👍

budaxx ledah berkata...

Jdt vs kedah memang gempak