1 Mei 2013

Pertemuan Yang Tidak Dirancang

Assalamualaikum

Diharap semuanya sihat hendaknya. So straight to the topic, pertemuan yang tidak dirancang ? alkisah Oshin bertemu dengan kawan-kawan masa belajar UTM dulu time ambil kos Sains Komputer. Kawan dari Kedah dan Sabah turun Johor dalam masa yang sama. Siapa yang sangka kan sebab takde signal awal pun dari diorang. Jadilah pertemuan yang tidak dirancang ni.

First Oshin dapat mesej petang semalam. Memandangkan masa tu tengah fokus nak layan IronMan3 so buat tak tau je la. Ada  jugak call tapi tak jawab sebab dalam panggung kan. hehe. Lagipun masa dapat mesej tu tak keluar nama so Oshin ingat salah nombor ke apa jadi memang tak layan la. On the way balik tu dapat lagi mesej katanya, "Hi kawan-kawan yang single, jomlah jumpa saya kat JB ni" Lagilah mendatangkan kemusykilan lalu Oshin tanya "Sape ni?" Barulah Oshin tau mesej tu dari kawan yang asal Sabah. haha. Pasal tukar henpon dulu lupa nak save semula nombor dia dalam henpon baru :p

Teruslah Oshin call kawan yang kat Kedah konon nak kasitau member ni turun JB. Boleh pulak dia bagitau on the way jugak nak ke JB pasal dia nak bercuti kat Kuching tapi naik flight kat Senai. Berbungalah hati bila kawan-kawan turun. Plan konon nak jumpa malam semalam tapi Oshin tak larat lah pulak lagipun dah malam bebenor. Anak gadis mana boleh keluar malam-malam kan :p

Pagi tadi Oshin terus siap-siap ke Legoland sebab kawan dari Sabah tu ikut trip office dia. FOC tau pasal boss belanja. pehhh kalaulah bos Oshin macam tu. hahaharapannnnn. Bukan dia sorang yang boss belanja tapi dekat 10 orang. Esok trip ke USS, Singapore pulak. Fuh, baik sungguh hati bos dia kan. Memandangkan Oshin dah janji nak anta kawan dari Kedah tu ke airport maka Oshin pengaruh lah kawan Sabah ni supaya tak masuk Legoland tu. haha. Akhirnya berjaya bawak dia pusing-pusing Johor (tak berapa nak pusing sangatlah sebab dulu belajar Johor jugak).

Dari Legoland ke Bukit Indah pasal Oshin tak tau umah member punya member kat Mutiara Rini tu belah mana. Dah pick up diorang kat Mutiara Rini ke Airport Senai lepas tu ke Bukit Indah balik sebab nak jumpa sorang lagi kawan belajar UTM dulu lepas tu ke Legoland balik untuk hantar kawan ni kepada bos dia. Kepenatan tu tak payah kabo ler tapi puas hati sebab bukan senang nak jumpa mereka-mereka ni. Sekurang-kurangnya Oshin gembira sebab dapat jumpa mereka. Tunggulah Oshin ke Sabah atau Kedah nanti. hehe.

p/s : thanks pada awak untuk movie IronMan3 tu :)

2 ulasan:

Normi Nieza berkata...

wah..bestnya..:)

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/