Pages

1 Disember 2012

Hairazi Creation

kali ni Oshin nak kongsi dengan kawan-kawan tentang kedai baru dibuka. actually kedai ni sepupu Oshin punya. baru je bukak dalam dua minggu tak silap. apa yang ada kat kedai ni ? jom Oshin review sikit eh.


kedai yang terletak di Taman Sri Skudai, Skudai, Johor Bahru (berhadapan pintu masuk Sekolah Menengah Sri Skudai) ini menjalankan perniagaan menjual dan membekal bahan-bahan untuk membuat kek. Buat sesiapa yang duduk di Johor Bahru atau kawasan berdekatan bolehlah singgah ke sini. Memandangkan kebanyakkan kedai yang kita jumpa kat Johor ni tauke mesti bangsa lain kan. Jadi apa salahnya kita sama-sama membantu bangsa kita sendiri untuk berjaya.

Di sini juga ada dijual kek potong (slice cake) yang jarang dijumpai di mana-mana. Korang jugak boleh buat tempahan kalau berminat. Oshin jamin korang mesti suka bila dah rasa sekali. hihi. Ada jugak dijual kek tiramisu dan lain-lain. Hairazi Creation juga terima tempahan kek untuk majlis pertunangan, perkahwinan, sambutan ulangtahun, kenduri dan sebarang majlis lain. Ada juga dijual cream puff kat sini. Oshin jamin korang akan puas hati la.

Aksesori Kek

Bunga Hiasan Untuk Kek

Antara kek yang sepupu Oshin selalu buat untuk tempahan :-


Slice Cake / Kek Potong

2 Tiers Wedding Cake

Red Velvet Cake

Cream Puff

Barbie Doll Cake

Cup Cake

Boboiboy !

Strawberry Chocolate Sponge Cake

Sebenarnya banyak lagi kek yang dia boleh buat tapi banyak pulak nak ditepek kat sini hihi. Cheese cake pon ada jugak. Senang kata macam-macam ada. So boleh lah uols singgah ke sini ye kalau rasa nak buat tempahan atau beli bahan-bahan untuk buat kek atau kuih. Sepupu Oshin ni sempoi je orangnya. Silap-silap boleh jadi kawan rapat nanti. hehe. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh lah bertanya ye.

8 ulasan:

Nur Zulaikha berkata...

wahhh..dh terliur dah ni..gulpp

aneka4shoppe berkata...

Ada jual bunga gula icing deco yg keras x? Bendanya kecik2. Kdg2 bentuk love, bentuk bunga, huruf, saya cari yg bunga mcm mangkuk. Kelopaknya naik. Ada x?

aneka4shoppe berkata...

Ada jual bunga icing deco yg kecik2 tu x? Bendanya kdg2 ada yg huruf, star, bntuk O, sy cr yg bunga kelopknya naik mcm mangkuk... Nk hias cheese tart

aneka4shoppe berkata...

Ada jual bunga gula icing deco yg keras x? Bendanya kecik2. Kdg2 bentuk love, bentuk bunga, huruf, saya cari yg bunga mcm mangkuk. Kelopaknya naik. Ada x?

mikial ariana berkata...

Bole bagi alamat kedai x ?

oshin berkata...

@mikial : ni alamat kedai NO 53 Jalan Sri Skudai, Taman Sri Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor..

cuti sekolah ni kedai tutup tapi kalau nak order boleh hubungi owner ye, Puan Azlin

Unknown berkata...

Skrg masih buka lg kdai nie ?

oshin berkata...

syariffah : masih buka tapi better try call owner untuk sebarang tempahan