11 Julai 2013

Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun menanti panggilan (kalau tak silap) akhirnya Oshin berpeluang sekali lagi mengikuti Peperiksaan untuk kemasukkan ke SPA bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41. Bagi yang pernah apply untuk jawatan ni bolehlah semak sama.

Cara semakan :

Sila ke laman web http://www.spa.gov.my/Portal/

Kemudian klik pada Maklumat Urusan Pengambilan Statistik (seperti dalam gambar)


Then pilih menu seperti di dalam gambar


Masukkan nombor kad pengenalan anda dan status akan dipaparkan seperti di bawah sekiranya terpilih.


Nasib baik peperiksaan ni setengah hari. Sekurang-kurangnya tak ganggu masa kelas Oshin nanti waktu petang. Semoga Oshin boleh jawab semua dengan tenang. InsyaAllah. Tak silap kak MiaLiana pun dapat juga. Hehe. Oshin perasan tentang peperiksaan ni pun dari blog kak Mia. Hehe. Good luck untuk kak Mia !



17 ulasan:

Muhammad Saiazuan Norhalik berkata...

tak pernah apply pun gov..huhu malas tul nak jadi hamba gov walaupun bnyk kelebihan

oshin kecik berkata...

terpulang pada diri masing2 macammana...ikutkan takde la nak apply pun tapi parent yang suruh haha

Tanpa Nama berkata...

sama la dapat.. baru cek.. huhuhu.. leh jmpe di sana.. tp macam no mood je.. -Cik Asikin Sg Mas-

Noor Diana berkata...

Taniah awak! kita pun dpt. tp kat KL.. igt sama tmpt td. huu.

Tanpa Nama berkata...

best of luck Oshin. May Allah ease your affairs.
To mr.Muhammad, I think it's not a slave because they'll be paid. Nawaitu is the most important things b4 you start your work. Either it's for money, pride or to seek the Almight God's knowledge. Then Allah'll lead you the way.No matter where r u working or who r u working for, have faith and choose the right one.

oshin kecik berkata...

ikin : mai la...kita dok sebelah jeling-jeling meh haha

diana : tahniah kat awak jugak ! marilah kita doa dari kejauhan supaya sesama dapat jawab dengan baik :)

anon : thank you :)

syiekin azam berkata...

salam oshin,

alhamdulillah syiekin pon dapat..so, dah kene mula stadi lah utk exam ni..wish u and yang lain2 all the best yaa!!

Tanpa Nama berkata...

ada tips x ?contoh soalan ke??hehehhe

ruby berkata...

Salam..sy pun akan amek exam ni..ada apa2 tips or contoh soalan or note untuk study x?boleh email sy ruby.wiwi90@gmail.com..thanks :)

Mia Liana berkata...

thanks ya oshin... siap mentioned nama kak mia lagi...

good luck untuk oshin juga..

oshin kecik berkata...

syiekin : all the best to u too !

anon : tips ? insyaAllah akan kongsi nanti jika ada hehe lama tinggal ni

ruby : wslm..good luck ! insyaAllah kalau ada oshin akan kongsikan

kak mia : hehe nasib terpandang entry akak, kalau tak kompem tak tau hehe good luck utk akak juga :)

ruby berkata...

hehe thanks oshin..sy google bnyk yg share pasal jawatan penolong pegawai tek. maklumat f29 je,yg psl jwtn ni kurang.untuk yg f29 tu diorg ckp bnyk psl programming,coding sume tu,untuk jawatan ni pun sama ke eh?

dian.dyan berkata...

tahniah kak..
all the best k..

Tanpa Nama berkata...

Exam kat grand paragon ke?
sy lak Exam kat Suria City, hehe...
good luck...

zaini berkata...

saya nak menjawab pada kenyataan blogger Muhammad Saiazuan Norhalik. jgn la kata pekerja gomen ni hamba gov. sy paham pendirian saudara, tp saudara kena luaskan pemikiran. nama pun staff kerajaan. saudara ingat "kerajaan" ni, selama2nya kah parti tertentu punya? TIDAK.

boleh jadi parti lain akan menang suatu hari nnt dan jadi kerajaan. staff gomen bekerja dgn CURRENT kerajaan. kalau "parti senduk" kalah, "parti mangkuk" menang dan jd kerajaan, jadi staff gomen ni akan keje dgn kerajaan yg pendiriannya dari "parti mangkuk". paham x ni? hehe.parti yg menang.

maksudnya takkan la semua pekerja gomen kena benti keje kalau parti lain amik alih kerajaan. diorg tetap bekerja dengan siapa pun yg amik alih. jadi, jgn cetekkan minda saudara ye? hihi

zaini berkata...

maaf oshin, pjg lebar plak ulasan sy td. bkn apa...sy heran ramai yg xboleh pikir jauh sebelum bagi ulasan. hihi..

anyway sy pun dpt jemputan amik exam ni. goodluck semua.

iman mahfuzah berkata...

jom la kongsikan soalan yg kluar. mana tahu leh jadi rujukn org lain pd masa akn dtg :)