Pages

12 Julai 2013

Akhirnya.. Yang Dinanti Tiba

Assalamualaikum..

Alkisahnya Oshin kan suka tengok jualan murah dekat Groupon.my, MilkADeal dan MyDeal.com tu. Jadi memandangkan ketiga-tiganya Oshin subscribe ke email, maka bertalulah setiap hari jualan murah dan diskaun masuk. Tangan cepat-cepat klik dan mata pun rambang nak pilih. Hehe.

Dalam hati memang niat nak beli powerbank. Yelah handphone comel Oshin tu cepat benar kehabisan bateri. Sebab ? Online memanjang. Haha. Inilah masalah paling besar iaitu addicted to social networking. Huhu. So Oshin terjumpa iklan yang menawarkan powerbank dengan kapasiti 30000mAh berharga RM79.00. Murah kan ? Kalau tunggu lambat lagi memang tak dapatlah. Paling kurang kapasiti dah kurang dengan harga yang Oshin dapat sekarang.

Jadi tengahari tadi dah sampai kat rumah !






Oshin ingat kecik rupanya besar. Haha. Berat boleh tahan tapi takpe. Oshin ok je. Janji barang yang diidam sampai kat tangan. Banyak juga external usb yang dia bagi. Kira berbaloilah dengan harga yang Oshin beli kan. Oh ya tempoh penghantaran ? Mengambil masa dalam 15-30 hari selepas tamat tempoh promosi. Dalam kes Oshin ni hampir 28 hari lah. Punyalah tak sabar dan risau barang tak sampai, Oshin hantar emel kat MyDeal tanya status. Tiada balasan pun. Haha.

p/s : Ramai juga tanya tips atau soalan contoh untuk Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 tu. InsyaAllah kalau jumpa Oshin akan kongsi dengan kawan-kawan.


3 ulasan:

Anum berkata...

yahoo power bank

Unknown berkata...

pah gak beli power bank kt deal ni...tp mmg stress la..sbb da la lme..mmg dkt sbulan..pstu ley plak packaging dier kotak tu je..xde pun tnda fragile tu...mne la posmen tau kn..alih2 smpi ade mcm retak ckit..sabor jela..huhu

Zaleha Awaluddin berkata...

power bank memang lah keperluan hakiki sekarang...
hihi