2 Disember 2012

Berkecai ?

tak siapa faham
tak siapa mengerti
hanya hati sendiri yang rasa
hanya hati sendiri yang lalui

tiada sekelumitkah tempat untuk ku
tiada rasakah untuk aku
tiada ruang kah untuk aku
puas aku mencuba
puas aku teroka
tapi sia-sia segala usaha

aku dibiar terkapai sendirian
terlalu lama aku menghulur tangan
mencari dahan untuk berpaut
tapi tak siapa sudi menghulur

huluran tangan dipandang sepi
huluran tangan dipandang jijik
huluran tangan dipandang hina
huluran tangan dipandang benci

aku sedar aku bukan sesiapa
tiada tempat untuk aku menghuni dalam hati
aku bukan insan terpilih
aku bukan intan permata
hanya batu yang layak ditendang
hanya besi yang layak dijual bersama besi buruk

semakin hari semakin dalam luka itu
semakin meninggalkan parut
yang takkan hilang sampai bila-bila

masih adakah ruang buat aku
mencari secebis kasih sayang
menumpang kasih dari orang
berpaut di dahan yang utuh
menerima huluran tangan
yang sudi untuk menyambut tanganku

1 ulasan:

Mas Zull berkata...

assalamualaikum iera....sedihnya...:(