15 Mei 2013

First Cash Out

Assalamualaikum,

Rindunya nak mencoret dalam blog picisan ni. Aduhai minggu dan bulan yang sibuk sungguh. Kesian kesayangan asyik berjalan je tak melekat duduk diam-diam kat rumah. Hari-hari badan kepanasan pasal disuruh bekerja ke sana ke mari. Poket pula bila keluar tiap hari makin kempis la kan. kakaka. Tapi alhamdulillah masih cukuplah perbelanjaan sampai hujung bulan.

So bulan lepas memang dah check kat Nuffnang baki. Bolehlah tersenyum lepas tunggu hampir dua ke tiga tahun untuk cash out. kahkahkah. Nak tunggu lama lagi boleh je tapi gatal tangan nak tunggu jumlah yang itu jugak. Bolehlah kan dari tiada.

Tadi Oshin baru cash out dan menurut info yang dipapar akan mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk buat bayaran. Tapi kalau yang status bukan Gliterati mengambil masa hampir 60 hari. Jadi pastikan lah status Nuffnang anda Gliterati ye wahai kawan-kawan. Kadang-kadang bila bercerita pasal Nuffnang kat kawan-kawan, soalan yang sering diajukan apa fungsi Nuffnang. Selalunya korang bagi jawapan macam mana eh. Oshin kata je cari duit sampingan. haha.

Oshin pasti ramai antara kalian yang dah berulang kali cash out Nuffnang kan. Tahniah dan selamat shopping ! (kata diri sendiri sebenarnya)

p/s : braces kali warna pink + gold :)

3 ulasan:

Normi Nieza berkata...

alhamdulillah..rezeki..:)

Mysara Ab Rahman berkata...

wah bestnyer...mmg nuffnang mmbntu ek..

oshin kecik berkata...

kak normi : alhamdulillah :)

mysara : alhamdulillah...ada jugak pendapatan sikit dari blogging hihi