16 Mei 2013

Final Exam Is Coming !

Assalamualaikum,

Debor rasa ni pasal bakal melalui lagi zaman belajar. hiks. Oshin kan dah sambung belajar sekarang. Alhamdulillah so far masih berfungsi dengan baik otak untuk dicerna. kikiki. Mana tak nya hampir 4 tahun lebih kerja macam tak berkembang je pemikiran pasal duduk depan komputer memanjang. Bukan buat apa pun setakat online saja. haish. Apa punya kerja la kan mengadap komputer saja.

Jadi niat yang dah lama dipendam harus ditunaikan dan sekarang telah bergelar pelajar kembali. Untuk semester pertama ni Oshin ambil tiga subjek iaitu Statistik Sains Sosial, Asas Pengenalan Kewangan dan Prinsip Pembangunan Sumber Manusia. Bagi statistik alhamdulillah sangatlah menyeronokkan pasal makanan kegemaran kot sejak zaman sekolah. Tak sangka masih ingat lagi formula dan cara pengiraan dia. Harap final nanti dapatlah score dengan baik. Subjek finance pula masih agak baru dan setakat ni bila pensyarah ajar faham. Tapi bila buat revision mulalah blur. kakaka.

Subjek HR pula kena banyak membaca dan faham. Lecturer memang best tapi bila masuk bab membaca ni jadi kureng sikit lah. Faham juga sikit-sikit cuma kena usaha lebih untuk dapat yang terbaik. Jadi lepas semak dalam laman web Universiti, setakat ni final Oshin pada 5, 14 dan 21 Jun depan. Aduhai berdebar lah pulak nak masuk dewan nanti. Lama dah tinggal, kan ? Harap Oshin dapat jawab sebaik mungkin nanti.

p/s : Masih dalam dilema untuk pilih subjek bagi semester pendek nanti

5 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

all the best

Normi Nieza berkata...

gud luck eira..:)

Mia Liana berkata...

good luck ya...

Mysara Ab Rahman berkata...

gud luk n all da best!

Hamir Rahman berkata...

Good Luck :D

hye nama saya amer jaya. empunya blog amercorner.com.
Saya ingin menjemput tuan blog untuk join giveaway pertama saya untuk tahun ini.

Harap sudi ya. selamat berblogging. :D
http://www.amercorner.com/2013/05/may-giveaway-by-amer-corner.html
giveaway tamat . 8.6.2013