Pages

26 November 2015

Majlis Pertunangan 21.11.2015

Assalamualaikum,


Alhamdulillah Oshin dan pasangan telah selamat bertunang pada 21 November 2015 yang lalu. Majlis dibuat kecil-kecil sahaja. Jadi pada yang tak dijemput tu Oshin minta maaf ye. Jangan pula nanti Oshin jemput datang majlis besar terus merajuk tak nak datang. Huhu.

Kan bertunang ni sepatutnya tidak dihebohkan. Andai terjadi apa-apa (na'uzubillah, minta dijauhkan) kita tidaklah rasa malu sangat. Ye dak? Oshin pun ada juga beritahu beberapa rakan yang rapat terutama bff dari zaman kecik, zaman sekolah, zaman U dan zaman kerja dulu dan sekarang. Oshin nak share hari bahagia gembira ni dengan mereka.

Hantaran Oshin pada En Tunang
Hantaran En Tunang pada Oshin
 Hantaran Oshin pada En Tunang :
  • Sirih junjung
  • Kemeja
  • Minyak wangi
  • Set beg sandang, wallet dan tali pinggang
  • Kasut
  • Cupcake
  • Kek
  • Buah-buahan
  • Gula-gula dan coklat
Hantaran En Tunang pada Oshin :
  • Sirih junjung
  • Cincin dan duit tanda hantaran
  • Dua helai kain pasang
  • Minyak wangi
  • Kasut dan beg
  • Buah-buahan
  • Kek
Mengikut perbincangan antara wakil, insyaAllah pertunangan kami dalam tempoh setahun hidup. Maknanya Oshin dah kena mula persiapan awal la kan. Pening oi. Haha. Ramailah yang memberi nasihat dan ingatan tentang alam pertunangan atau darah manis ni. Kawal perasaan dan jangan ingat pertunangan ni lesen bebas untuk buat apa sahaja dengan pasangan. Terima kasih atas ingatan semua.

Nak tengok gambar Oshin dengan En Tunang? Hehe. Maaflah ye. Oshin memang takde gambar berdua dengan dia masa majlis. Tunggu nikah nantilah baru Oshin tunjuk tuan punya badan eh. Ni kasi tunjuk sekeping je lah gambar Oshin masa majlis pertunangan hari tu.


Inilah diri Oshin selepas di make over kawan sekolah. Hehe. Kalau yang ori takdelah meletop cantik macam ni. Kah! Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan kini Oshin bergelar tunangan orang!. Cewahhhh. Doakan yang terbaik untuk Oshin ye.

1 ulasan:

Anum berkata...

cantiknya
tahniah