Pages

26 Julai 2013

Mencari Biskut Raya Sekitar Skudai ?

Assalamualaikum...

Lagu raya sudah berkumandang di corong-corong radio. Semangat nak beraya pun datang mendadak tetiba. Mulalah sibuk mencari baju raya, kasut raya, tudung raya, tukar langsir rumah, tukar cat rumah dan macam-macam lagi nak tukar. Jangan tukar orang rumah sudah. #eh


Bagi yang duduk sekitar Skudai dan masih mencari biskut raya akibat tak sempat nak buat atau order, silalah singgah di Hairazi Creation. Ada pelbagai jenis biskut raya dijual. Oshin pasti korang puas hati. Hehe. Sebab Oshin ada test lah salah satu dan memang sedap rasanya. Oshin pernah post entry tentang Hairazi Creation kat sini --> KLIK


Kalau korang pergi lepas tu tak nampak signboard dia, korang cari khemah biru. Disebabkan khemah biru tu terlindung sikit papan tanda dia. Yang penting berhadapan dengan pintu masuk Sek Men Sri Skudai. Kedai tu kepunyaan sepupu Oshin. Kalau nak tempah kek kahwin / tunang / birthday / jamuan bolehlah jumpa beliau ye. Dijamin sedap especially pavlova. Hehe.

Selamat membeli !

Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
Follow Up Lelongan - Jangan Jadi Mangsa Feedback Negatif Di Ebay!
Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet

3 ulasan:

Anum berkata...

salam nuzul al-quran
salam jumaat
singgah pagi

norhasnizakhalid berkata...

mama singgah , salam jumaat

Cikrosecute berkata...

banyaknya biskut raya...kita belum beli lagi...