Pages

13 Mac 2013

Kelas Bersama Wanita (GMBO)

Assalamualaikum,

Sebenarnya ni cerita semalam. Alkisahnya sekarang kan Oshin banyak sangat kerja nak dibuat. Program jangan cakaplah. Bersusun jadual dalam diari nak dimasukkan. Semalam petang lebih kurang jam 3.30pm seramai 15 orang wanita yang terdiri daripada penduduk kampung tempat Oshin bekerja mengikuti sesi taklimat bersama Oshin. Kalau entry sebelum ni Oshin kata program Klik Dengan Bijak, kali ni program untuk usahawan pulak.

Program ini dinamakan Get Malaysian Business Online (GMBO). GMBO tercipta di atas jalinan kerjasama antara Google, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), .my Domain Registry, SME Corp. Malaysian dan iTrain. GMBO diwujudkan bagi membantu syarikat-syarikat di Malaysia terutama usahawan mikro dan IKS untuk memanfaatkan Internet seterusnya memajukan perniagaan secara atas talian.

Pendaftaran GMBO hanya RM23.00 setahun untuk domain sahaja manakala hosting PERCUMA. Bagi pendaftaran GMBO ni yang penting adalah lesen perniagaan SSM yang mana diperlukan semasa ingin buat pembayaran pendaftaran domain. Eh, rasanya nak story pasal kelas kan. hihi. Takpelah, Oshin selitkan sekali info ni untuk berkongsi bersama kawan-kawan. Kawan-kawan bolehlah layari website www.getmybusinessonline.com.my untuk maklumat lanjut.

Dalam sesi taklimat ni Oshin beri penerangan tentang kebaikkan dan kelebihan jika berniaga secara atas talian. Di samping Oshin ingin bantu wanita di luar bandar ini untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Untuk pengetahuan, kebanyakkan yang hadir agak kurang pengetahuan tentang IT dan menjadi tugas Oshin untuk bantu mereka mahir dan faham dalam penggunaan Internet dan komputer. Ya, satu tanggungjawab yang Oshin harus pikul sementelah berkerja untuk komuniti ni.

Hampir kering jugak tekak sebab bagi penerangan hampir dua jam semalam. hihi. Tapi Oshin tak kisah sebab Oshin nak akak-akak ni buka mata dan rebut peluang yang ada. Ada juga Oshin kongsikan video-video kejayaan dari pengusaha rumpai laut dan bantal kekabu (dalam iklan TV3) serta beberapa video lain sebagai penyuntik semangat kepada mereka untuk cabar diri maju ke depan. Diharapkan usaha Oshin ni dipandang dan mereka bersemangat untuk majukan diri.

Jadi dah siap taklimat, tugasan yang menanti adalah laporan untuk dihantar pada Big Boss :)

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

wah dah mcm lecturer lah plk eira nie...berwajah baru..:)

Unknown berkata...

bagus bagus.. :)