Pages

11 Mac 2013

Kelas Pengenalan Kump 3

Assalamualaikum,

Jumaat lepas Oshin mengajar untuk kumpulan 2. Dah ragam lain budaknya kan. Kali ni kak Aifaa mengajar pula kumpulan 3. Kali ni lain lagi ragamnya. haha. Tapi untuk kumpulan kali ni memang sangat memberi fokus. Bila kita bagi input kat depan automatik masing-masing pusing kerusi mengadap kami. Oshin rasa teruja untuk mengajar kali ni.

Ada sorang student ni macam slow tau. Bila nak suruh perkenalkan diri kemain slow dia cakap. Nak kata tergagap tak jugak tapi memang slow lah. Bila habis je dia perkenalkan diri automatik satu kelas gelak lepas tu bahan dia. haha. but he's so cute. Mungkin adik ni pemalu sebab tu agak slow kot nak cakap. Bila tanya pernah guna komputer, dia sorang kata tak pernah. Risau jugak sebab kalau boleh kami tak nak ada student yang tertinggal jauh dari student lain. Tapi rasanya dia pandai je guna cuma masih slow lah.

Sama macam kumpulan 2 lepas, Oshin selitkan sikit pasal program Klik Dengan Bijak. Tak sangka tumpuan yang diberikan sangatlah fokus. Bila Oshin ingatkan pasal jangan upload gambar bukan-bukan memasing muka risau je. Siap cakap nak delete semua gambar dalam FB. hihi. Actually tak la nak takutkan diorang cuma sekadar ingatan. Harap lepas ni memasing jadi pengguna yang beretika la bila guna laman sosial ni. (macam diri sendiri beretika je kan. leulz)

Petang pulak Oshin ada meeting dengan boss dan kawan sekerja lain. Macam-macam lah isu yang dibangkitkan tapi suasana sangat santai lah. Kalau formal memasing beku la pulak kan. Kami memang tak reti sangat formal-formal ni. Kalau boleh buat dalam suasana ceria dan santai. Barulah rasa rilek dan tak rasa tertekan bila ada masalah kan. Setiap masalah yang kami hadapi diluahkan pada boss untuk makluman dan cari jalan penyelesaian bersama. Alhamdulillah semua selesai dengan jayanya. Yang penting tersangatlah banyak program dan kerja yang menanti. hoho. Semoga Oshin kuat untuk beri komitmen pada kerjaya dan komitmen sebagai seorang pelajar.

....jadi sekarang ni Oshin nak study sat power point untuk taklimat bersama bakal usahawan esok. Wish me luck friends !

Tiada ulasan: