Pages

26 Jun 2011

hey busuk ! pergi main jauh-jauh !

oshin terbaca entry ni kat SINI. *mencanak lagi la UV dia. hihi* tetibe oshin rasa nak bagi pendapat sikit. dalam dunia ni ada pelbagai ragam, orang dan sikap. kita takleh nak puaskan semua orang. even apa yang kita buat, cakap dalam seharian pon tak semestinya ada orang suka kan.

dalam FB contohnya. niat nak kongsi ngan kawan2 tapi ada pulak anasir luar yang yang rasa si polan ni menunjuk-nunjuk. apesal lak der. kalau lu rasa menyampah ngan status si polan ni lu hide wall sudah ler kan. lepas tu dalam dunia blogging nih. majoriti kita tak kenal pon sesapa kan.

mungkin kita kenal seseorang tu tapi seseorang tu tak kenal kita. jadi bila tak kenal tu kene la jaga sikit bahasa dan tatasusila. sama jugak macam masuk umah orang jangan buat macam umah sendiri plak. kalau rasa tak suka ngan cara penulisan orang tu tegur la secara elok. contoh : dik, cuba ubah sikit font yang diguna tu. biar nampak terang sikit orang baca. atau. dik, blog da cantik cuma kene perkemaskan lagi cara penulisan entry. jangan banyak short form, menyumpah sana sini. kita kan orang Malaysia yang penuh adab dan adat. kan molek kalau tegur macam nih.

tapi satu je nak kenal orang yang suka memaki hamun ikut kepala paip umah jiran dia. orang ni seorang yang PENGECUT. dia akan gunakan nama ANONYMOUS. kalau dia betul-betul ikhlas dia akan guna nama sebenar. tak yah nak berselindung sebalik nama mak ANON. yang kene tegur pon jangan sensitif sangat. cuba tengok teguran tu. kalau rasa membina kuatkan lagi usaha dan semangat. tapi kalau mengutuk tak tentu hala, anggap je angin lalu tanpa menyentuh kulit gebu anda ! hahahaha.

so jangan patah semangat ! teruskan penulisan anda ! seorang benci seribu sayang ! keep it up guys !

macam melobi la pulak. haha. ~_~

1 ulasan:

Unknown berkata...

yaaa ! bila menegur tu , silalah guna bahasa yang elok . jangan nak memaki tak ketentuan halanya . nampak sangat kekurengannya ..