Pages

11 Oktober 2015

Cash Out Nuffnang Kali Kedua!

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama tak update pasal Nuffnang kan. Selalu kalau bukak page Nuffnang perkara pertama yang Oshin tengok mestilah EARNING. Haha. Korang pun sama jugak kan macam Oshin. Hehe.

Tapi dah lama rasanya tak dapat earning. Mungkin juga sebab Oshin dah kurang update berbanding kerja lama. Ye lah. Ikutkan masuk kerja baru ni banyak benda Oshin nak share. Tapi bila bukak new post mesti blank. Tak tahu apa nak update.

Mungkin lepas ni kalau misi utama Oshin dah hampir tercapai, insyaAllah Oshin akan update sikit demi sikit ye. Eh, dah melalut ke citer misi pulak. Padahal awal-awal dah cerita pasal akaun Nuffnang kan.

Alhamdulillah adalah sedikit rezeki dari Nuffnang ni. Itu pun kumpul bertahun tapi sendunya nak naik jumlah. Haha. Takpelah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ye dak? Boleh lah masuk akaun untuk kumpul. Tak sabar nak tunggu cek sampai! (Padahal baru je cash out tadi)

Tiada ulasan: