Pages

5 Julai 2015

Gagal Dalam Peperiksaan!

Assalamualaikum,

Oshin ada story kan pasal dapat panggilan untuk peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 kat entry SINI. Tak sangka pula panggilan untuk ditemuduga tak lama lepas peperiksaan dijalankan. Kalau tak silap Oshin panggilan temuduga dikeluarkan seminggu selepas tarikh peperiksaan.

Masa tu Oshin saje je buka laman web SPAJ. Memang habit kot suka klik dan cuba-cuba masuk no kad pengenalan. Haha. Mula-mula tu tak perasan lagi status pengumuman. Bila pergi balik pada laman web SPAJ, baru perasan panggilan temuduga untuk PTM tu.


Nampaknya belum ada rezeki lagi untuk dapat jawatan ni. Cuba lagi lepas ni ye Oshin. Ada sesiapa yang lepas tak peperiksaan PTM ni. Tapi jawatan ni khas untuk rakyat Johor kan. Sebab dibuka di bawah SPA Johor. Buat kawan-kawan yang melepasi peperiksaan, Oshin ucapkan tahniah dan semoga berjaya dalam temuduga yang akan diadakan minggu depan.

1 ulasan:

adarain berkata...

INSYA ALLAH rezeki ditempat lain. :D