3 Mei 2015

Braces dan Kecantikkan

Assalamualaikum,

Tetiba rasa nak share cerita pasal braces dan kecantikkan. Short story je pun. Hehe.

Oshin pernah ditegur masa mula-mula pakai braces dan sehinggalah sekarang. Isu braces dan kecantikkan.

"Kau pakai braces ni sebab nak cantik ke?"

Rasa macam ayat biasa kan.Tapi kalau masuk nada sinis memang rasa nak naik siku je kat hidung dia. Hahaha. Oh yes! Memang itu ayat yang selalu Oshin terima.

Pada sesetengah orang mungkin braces ni memang untuk nampak cantik tapi pada Oshin lebih kepada untuk dapatkan keyakinan diri. Buktinya? Sekarang bila nak berborak atau bergambar, Oshin dah tak kekok macam dulu.

Dulu Oshin selalu rasa diri ni sangat jauh berbeza dari kawan-kawan lain sehinggakan Oshin rasa bila bergambar atau berborak, Oshin merosakkan segala-galanya. Of course rasa macam tu sebab orang lain bergambar punyalah nampak gigi tersusun rapi dan manis tapi Oshin? Dah lah berlapis, berterabur pulak tu. Ya, ayat ni jugak menjadi salah satu sebab keyakinan diri Oshin jatuh.

Selalu online tentang pemakaian braces, macam mana prosedur, macam mana rasa sakitnya. Dan tanpa dijangka tetiba Oshin terus pergi klinik dan tanya tentang prosedur dan untuk makluman juga, Oshin langsung tak terfikir tentang bayaran dia! Hahaha.

Jumlah dia memang mahal okey. Boleh angkat iphone 2 bijik! Tapi sebab bayar ansuran terasa mampu lagilah. Hampir 2 tahun tempuh alhamdulillah mampu gembira dengan hasil. Sejak tu kawan-kawan mula tegur perubahan diri dan memuji. Kalau dulu, bayang pun tak nampak! Besar kesan dia bila melibatkan kecantikkan.

Sampai sekarang pun Oshin tak ngaku yang diri ni cantik cuma bersyukur masih cukup sifat dan anggota badan. Alhamdulillah keyakinan diri pun semakin meningkat namun tidaklah terlalu riak. Masih ada rasa takut untuk terima pujian sebab tak nak makan diri satu hari nanti. Jadi buat yang terasa nak pakai braces, tanya pada diri. Untuk apa kita nak pakai braces tu?

1 ulasan:

wan muliani berkata...

pakai bracesmmg cantik lah gigi tersusun rapii jerr..huhu