Assalamualaikum,
Korang tau tak apa tu mengadu domba? Maknanya melaga-lagakan orang. Contohnya si A kawan baik dengan B. Datang pula si C yang nak berkawan sama. Tapi sepanjang berkawan si C akan memburukkan B pada A dan macam tu sebaliknya. Macam talam dua muka pun ada jugak kan.
Haish. Panas hati betul dengan orang macam ni. Kadang bila kita ada masalah ni mestilah nak cerita atau meluah pada seseorang kan. Tapi tak sangka lah bila kita meluah, yang mendengar ni mengadu pulak pada orang lain. Biasanya ada kaitan dengan masalah tu lah.
Biasanya penyampaian orang ke orang ni lebih kepada menokok tambah. Betul tak? Itulah sebabnya terjadi pergaduhan antara 2 orang yang kebiasaannya juga berkawan baik. Tapi kerana mulut puaka sorang ni, dah bergaduh 2 orang ni.
Rasa nak lempang je muka dia pakai talam paling besar plus yang dibuat dari besi. Mulut tu kalau tak reti cakap benda yang baik, serupa tak payah cakap apa-apa. Salah cakap kang dah jadi fitnah. Belum lagi orang yang difitnah tu tak maafkan. Hamek kau!
Ohoiii entri luah perasaan jugak ni. Hmmmm. Panas hati dengan manusia macam ni. Dapat punch sekali kat muka sedap jugak kan! Hahaha. Kbai.
11 Februari 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan