Pages

27 Januari 2015

Pengalaman Buat Gaji

Assalamualaikum...

Nak share dengan korang ni...

Tugas Oshin untuk kerja baru ni untuk buat gaji. Baru tau untuk gaji ID akan dibuka untuk waktu tertentu sahaja. Jadi kalau ada perubahan atau penambahan kena buat dalam tempoh tu saja. Jadi pengajaran untuk Oshin yang pertama, kena sediakan semua bahan dan kiraan yang lengkap untuk mudahkan diri masa masukkan dalam sistem.

Kedua, Oshin kena tahu siapa yang bertanggungjawab bila berlaku pertukaran jabatan untuk urusan pertanyaan berkaitan gaji staf tu. Oshin kena tahu juga person in charge kat jabatan perbendaharaan (bendahari) untuk tanya apa-apa masalah berbangkit sebab nanti kalau ada salah diorang akan kuiri.

Oshin kena alert dengan pekeliling yang akan berubah dalam satu-satu masa. Jadi, bila ada perubahan pada pekeliling makanya adalah perubahan dalam kiraan. Contohnya macam gaji pokok staf, elaun tambahan, kenaikkan gred dan yang terbaru yang Oshin kena alert bahagian perubahan skim. Memang kena belajar kaw-kaw untuk kasi faham.

Arini satu hari kuiri memanjang. Dari pagi Oshin memang duduk depan pc sampai tak sempat nak makan apa-apa. Kawan belikan kuih pun tak sempat nak menjamah. Huhu. Akak yang pakar dalam buat gaji cuti, bos sebagai penyemak masuk lambat. Memang huru-hara jadinya. Nasiblah akak tu sudi nak layan mesej dan call Oshin tanya macam-macam. Hehe. Tq kak Liza.

First time jugak hari ni balik 5.30petang. Hahaha. Kalau tak, tepat jam 5 da siap nak punch out. Inilah namanya pengalaman kan. Oshin dah boleh faham serba sikit tugas untuk gaji ni. Selain tu, Oshin kena urus tugas sementara staf lain memandangkan masih MC. Jadi agak kelam-kabut jugaklah tengah sibuk buat gaji kena buat LO pulak. Tapi satu hari ni memang fokus pada gaji saja.

Sekarang, masa untuk merehatkan otak dan badan. Gudnite uols!!!

Tiada ulasan: