Pages

26 Disember 2014

Hero Ke 4 Dalam Keluarga

Assalamualaikum..

Oshin seronok sangat hari ni! Sebab..........

Adik Oshin dah selamat melahirkan baby jam 4.43 pagi tadi. Tengah sedap tidur dapat call dari adik ipar Oshin. Oshin ingatkan dia call sebab suruh bukakkan pintu padahal bukan tidur rumah pun. Bhahaha.

Lepas tu dia khabar call mak tak dapat jadi call Oshin lah. Dia bagitahu adik dah selamat bersalin. Memang terkejut sebab due sepatutnya pertengahan bulan 1. Agaknya berkat jalan jauh minggu lepas siap mandi kolam lagi bawak anak sulong dia. Hehehe.

Malam tadi adik ada datang rumah sebab nak makan lauk ayam masak lomak cili api yang ayah masak. Ada jugak dia sebut sakit contraction. Macam risau jugak jangan terberanak on the spot sudah. Hehehe. Sempat lagi dia drive kereta sendiri balik rumah mak mertua. Nasiblah dekat walaupun kena jaga anak sorang lagi kat seat sebelah.

Alhamdulillah semuanya selamat. Kedua-dua ibu ngan baby selamat. Anak adik ni kira hero keempat anak buah lah lepas abang Oshin ada 2 hero dan anak sulung adik pun hero jugak. Selamat bersilatlah masing-masing ye. Hehehe.

Tiada ulasan: