10 Januari 2015

Aku Keliru

Assalamualaikum,

Sikap manusia sering buat aku terpinga-pinga. Suasana kerja yang berlainan dari dulu. Mengapa? Dulu kerja berdua, sekarang kerja beramai-ramai. Hehe. Jadi macam-macam ragam boleh dilihat kan. Sabar je lah jemah oi.

Bila A bercerita tentang B aku jadi pendengar. Bila B bercerita tentang C aku jadi pendengar. Bila C cerita tentang A dan B, aku jadi pendengar. Entahlah aku jadi keliru. Bila jadi pendengar, mestilah akan disoal siasat oleh pencerita-pencerita ini. Serba-salah jadi hati ni.

Kadang tu cuba bersikap positif untuk tak masuk campur tapi kena tadah juga telinga ni. Yelah memang dah hari-hari jumpa kan, takkan nak mengelak dan bermasam muka pulak. Bukannya nak kerja seminggu dua Oshin oi. Bersabarlah.

Cuma Oshin kurang selesa bila hari-hari terpaksa dengar rungutan negatif tentang orang lain. Tak seronok bekerja dalam suasana macam tu kan. Kalau boleh nak suasana yang ceria dan happy je. Even kita bermasalah dengan orang lain, jangan libatkan orang lain sama. Tu je yang Oshin harapkan. Semoga tabahlah duhai hati.

Tiada ulasan: