Assalamualaikum...
Pejam celik tak lama lagi Oshin dah nak jadi pelajar tahun 3. Fuhhh macam tak percaya kejap masa berlalu. Oshin mula daftar semester ke-II tahun 2013. Bila masuk bulan 9 iaitu kemasukkan pelajar baru dah jadilah senior kan. Hehe.
Walau hakikat baru setahun setengah masuk belajar tapi dah nak jadi super senior. Ecehhh. Alhamdulillah walaupun bekerja sambil belajar, so far Oshin masih mampu untuk fokus keduanya. Ada juga yang tanya tak penat ke buat dua benda dalam satu masa? Oshin seronok sebenarnya.
Ikutkan Oshin buat 3 benda dalam satu masa. Satu bekerja, dua belajar dan ketiga bisnes. Bisnes tu buat secara santai je. Pernah dengar biz kaaching? Haaa kalau tau Oshin buat biz tu la. Yang tak tau boleh whatsapp or PM kat facebook ye. Hihihi.
Cabaran? Paling pening pun bila nak buat assignment tatkala kerja sedang menimbun. Setakat ni waktu kerja Oshin fokus kerja, malam pula waktu untuk buat tugasan. Tapi selalunya tak belajar malam pun. Hahaha. Yang penting kena juga buat assignment tu. Markah penting uolsss.
Kalau sesiapa yang berniat nak sambung belajar masa bekerja, Oshin nasihatkan tanya pada diri mampu atau tidak nak bahagi masa. Especially yang dah berkeluarga dan ada anak. Ramai je classmate Oshin yang dah berkahwin dan ada anak tapi alhamdulillah pasangan masing-masing cukup memahami dan banyak membantu. Kuatkan hati dan cekalkan semangat ye bila dah buat keputusan nak sambung belajar.
Wish me luck, guys!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
x sedar kan
Sekejap je kan masa berlalu nak tak nak kena lalui.
Catat Ulasan