1 Mac 2014

Holiday 2014 : Sabah Part 2

Assalamualaikum,

Hari kedua di Sabah adalah hari untuk Shopping!
Pagi-pagi dah meredah Pasar Kraftangan nak cari kerongsang.

Misi mencari gelang cangkerang permintaan kawan pun ye jugak.
Tapi yang dapat hanya kerongsang mutiara.


Kalau berminat boleh order
1pcs - RM10

Bulat muka Oshin T____T

Tempat wajiblah bagi kebanyakkan pelancong. Memang rambang mata tengok kerongsang banyak gilos dan cantik. Nasiblah Oshin bukan jenis yang suka benda-benda gini. Pergi pun sebab nak belikan kawan. Hee.

Kalau pandai tawar komfem boleh dapat harga murah. Pusat kraftangan ni kat Kota Kinabalu je.

Dah siap shopping sini pergi mengisi perut yang kelaparan. Singgah makan di Restoran Kak Nong. Boleh tahan sedap juga. Restoran ni berdekatan dengan Restoran Sala Thai.

Siap makan pergi airport pick up Anis balik kerja. Then terus ke Jalan Gaya di mana terletak penanda bermulanya KK. Oshin baru tau benda ni sebab sebelum tu mak dan ayah stay kat hotel sini.

Zero Point

Masa bergambar ni ramai kat keliling tapi buat tak tahu saje. Kan pelancong. Haha. Agak-agak ramai tak warga Sabah yang tau kewujudan penanda ni? Kalau ke KK bolehlah ke sini okay.

Destinasi seterusnya ke Pasar Malam Sinsuran dan borong lagi kerongsang. Kebetulan masa tu hujan sikit jadi bila membeli dapatlah harga murah kaw-kaw. Memang rezeki sangat malam tu.

Lepas tu baru pulang ke rumah dan siap-siap packing untuk ke Pulau Manukan keesokkannya. Memang letih yang amat hari ni sebab berjalan tak berhenti. Hehe. Hari ni jugak Oshin jadi driver kat KK. Fuh, memang mencabar sangatlah dengan trafik diorang. Dahlah banyak round about. Apapun pengalaman lah kan.

p/s : Next entry masuklah cerita percutian kat Pulau Manukan okey :)

1 ulasan:

Nour Adieb berkata...

kat kk ja bnyk trafik light. kuar area kk, jumpa round about plak :)