Percutian kali ketiga di tahun ketiga.
Macam dah jadi rumah kedua pula bila ke Sabah.
Hee.
Oshin gerak seorang dari JB ke KK.
Alkisahnya family lain dah gerak awal.
Oshin sibuk kerja dan kelas.
Terima kasih sahabat tolong hantar Oshin ke airport subuh-subuh.
Menanti hampir 2 jam kat airport tunggu adik-adik sampai.
Masa tu diorang kat Kundasang jadi ambil masa nak turun KK.
Sampai je terus pergi makan kat Sala Thai (makanan memang sedap!)
Lepas tu pergi tengok wayang sementara tunggu yang lain sampai.
Petang tu hantar mak ayah ke airport sebab diorang balik dulu.
Lepas da masuk, kitorang terus lepak Tanjung Aru.
Ramai gak lepak sini untuk tangkap gambar matahari terbenam.
Termasuklah Oshin.
Layan busking sementara tunggu matahari terbenam
Indahnya pemandangan sini
Kali ni percutian dimeriahkan dengan kehadiran monopod.
Kahkah.
Bila kitorang bergambar, semua orang dok pandang.
Sebab?
Area sana masih belum biasa kot.
Thank you Dian sebab beli monopod tu.
Hasil tangkapan ?
Ni masa kat Tanjung Aru.
Hasil lain masuk entry lain la ye.
Ikut turn katanya.
Hee.
Lepas tu kami ke 1Borneo jalan-jalan.
Then, pulang ke rumah.
Dinner?
Pergi KFC kat Giant Inanam je.
Sebelum tidur, buat planning untuk aktiviti hari esoknya.
So, sambung next entry :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan