Pages

12 November 2013

Booya Steamboat di Taman Pulai Perdana

Assalamualaikum,

Baru-baru ni Oshin pergi satu cafe kat Taman Pulai Perdana, Skudai. Oshin kan hujung minggu stay rumah sepupu. Yela sebab UTM tu dekat sangat dengan rumah dia. Hehe. Jadi agak menjimatkan sikitlah minyak bila kelas hujung minggu ni. Takde lah nak ulang-alik Skudai-Pontian dua hari tu. Hee.

Kebetulan parent Oshin datang rumah sepupu masa tu. Ayah pula jenis suka belanja makan tak kira siapa pun. Jadi keluarlah kami malam tu lepas maghrib. Oshin bawak kereta sendirilah sebab tak muat pun naik satu kereta. Ingatkan jauh sangatlah nak pergi. Haha. Rupanya jalan kaki pun boleh tapi sebab mendung je cuaca hari tu maka memandu lah kami.

Cafe ni baru dibuka Oshin rasa. Agak terlindung sikit kedudukannya. Kalau ada yang singgah Marrybrown pasti nampak kedudukkannya di belakang tu. Menu yang disediakan macam biasalah goreng-goreng tapi menariknya ada juga makanan western dan steamboat ! Harga memang murah dan berpatutan. Kenyang pun kenyang. Hee.

coke float - pilihan Oshin

strawberry milk shake - pilihan anak buah (yang lelaki tu suami sepupu)

steamboat kami sedang dimasak

sayur masuk akhir sekali

Seingat Oshin lah ye. Harga steamboat ni ada pilihan iaitu untuk 2 pax - RM14.90 dan 4 pax - RM24.90. Boleh dikatakan berbaloi dan sangat enak. Kuah yang diberi pula ada dua iaitu sup dan tomyam. Oshin lebih suka tomyam lah pasal pedas kan. Hehe. Full tank gila masa tu sebab Oshin kena habiskan semua. Fuhh. Selain tu ada juga roti disediakan. Pihak cafe akan panaskan sekiranya roti sejuk.

Bagi western food pula ada disediakan set sekali dengan air dan soup. Harga berpatutan juga. Ada juga disediakan wifi free. Hee. Bolehlah snap gambar dan upload terus. Oshin tak sempat nak snap banyak sebab kelaparan dah. Bolehlah singgah sesekali nanti ye.

2 ulasan:

anakdenesor berkata...

ala..ala..lapooo

maszull berkata...

assalamualaikum oshin...oh yer ke mama yg dok kat dlm taman pun x tahu ada kedai stimboat yg baru dibuka ...kalau sedap boleh la try nanti...:)

p/s dah dekat tu kalau datang lg boleh jumpa oshin...:)