Pages

11 November 2013

Jangan Memilih Kawan...

Assalamualaikum,

Hidup ni tanpa kawan memang akan sunyi. Even, adik beradik atau ibu bapa kita pun boleh jadi kawan. Kan ? Tapi jadi masalah bila kita terlalu memilih dalam mencari kawan.


Kenapa mesti letak perbatasan bila nak berkawan dengan seseorang ? Contohnya bila kita seorang yang berduit, kenapa mesti tak nak berkawan dengan orang yang tak berduit ? Macam mana pula kalau kawan tu jenis yang berduit tapi kedekut dengan kawan-kawan lain ?

Setakat ni Oshin bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa membantu. Tapi ada juga segelintir yang berkawan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya berkawan untuk kesenangan diri pada satu-satu masa. Mungkin bila lihat Oshin ni mudah mesra dengan orang-orang sekeliling terutama yang berjawatan, maka dia jadikan Oshin sebagai orang tengah untuk dapatkan apa yang dia inginkan. Oh jenis macam ni memang Oshin tak suka sangat-sangat.

Yela, Oshin berkawan ni tak kira dengan sesiapa pun. Sedangkan dengan musuh pun Oshin boleh berbaik satu masa lain. Tapi bila kita dah baik dengan seseorang tu tapi tanpa sedar dipergunakan memang Oshin tak boleh terima. Even dia minta maaf pun Oshin masih tak boleh accept. Oshin ego ? Oh semua orang ada ego. Oshin sangat takut dipergunakan lagi jadi Oshin ambil jalan berhati-hati untuk tidak merapatkan diri dengan orang macam ni lagi.


Lagipun kita kena beringat terutama yang berkawan mengikut kedudukan. Jangan ingat bila kita berduit kita hanya layak berkawan dengan orang berada saja. Itu silapnya sebab kadang-kadang orang yang berduit ni kebanyakkan tak ikhlas nak kawan. Maaf kata ye. Sebab mungkin juga orang tu sama pe'el ngan kita yang hanya berkawan bila kita berduit. Jadi bila terkena batang hidung sendiri jangan nak menyalahkan orang lain. Kbai.

Tiada ulasan: