18 Oktober 2013

Terima Kasih Abang Lori

Assalamualaikum...

Setiap pagi Oshin akan bersarapan kat kedai kat kampung tempat Oshin kerja. Kadang sorang kadang berdua dengan kawan kerja, Ipah. So hari ni kerja berdua jadi Oshbin ajak Ipah bekpes sama.

Macam biasalah bila da berdua mcam-macam ceritalah keluar. Heh. Orang perempuan kan crita tak pernah habis. Satu isu satu isu keluar. Padahal starting satu cerita je. Haish. Sambil makan sambil berceritalah. Kebetulan ada pelanggan baru sampai dua orang. Kitorang borak macam takde orang lain. Memang hal sendiri la kan.

Lagi takleh blah pelanggan kendian sampai dah bangun nak balik. Kitorang yang tak bangun-bangun. Haha. Masa pelanggan tu nak balik, dia kabo lah yang dah bayarkan sekali untuk kitorang. Mestilah terkejut kemain. Eh abang ni boleh plak nak bayarkan. Kitorang cakaplah terima kasih.

Nenek kat kedai tu kata mesti abang tu ingat kitorang anak dara lagi. Haha. Kalau Oshin memang sah la kan. Tapi Ipah dah kahwin dan ada anak sorang dah. Mungkin sebab badannya kecik dan halus macam Oshin yang anak dara ni. Hehe. Untunglah badan halus kan Ipah :p

Terima kasih ye abang lori. Hehe. Lain kali belanja lagi. #ehTakMaluSungguh. Oshin gurau je :)

Tiada ulasan: