22 Oktober 2013

Ingat Pesan Doktor !

Assalamualaikum,

Jumpa lagi uols ! Hehe. Lama tak mengarang hilang bakat dah. Korang tau kan Oshin pakai braces sebelum ni dan dah bukak sekarang. Ingat tak Oshin ada story pasal retainer ? Yes memang hari-hari kena pakai retainer tu.

Tapi ...........

Oshin mengelat juga sebab ada lah beberapa hari skip tak pakai. Akibat ? Gigi mula berubah arah. Memang jelas sangat perubahan dia. Kalau lepas bukak tu susunan cantik je. Tapi bila tak pakai retainer dia da mula keluar menyimpang.

Bila jadi macam tu mulalah pakai retainer balik. Cuma akan rasa sakit lah pasal retainer tu kukuh ikut susunan gigi teratur. Kalau susunan tu memang cantik je kompem rasa biasa je. Kalau dah lari susunan memang padah lah kesakitannya. Huhu.

Moralnya, jangan degil ! Ikut cakap doktor ye Oshin jangan nak mengelat :p

Tiada ulasan: