Yes ! Semua orang perlukan kawan. Kawan untuk bercerita, berkongsi masalah, bertukar pendapat, bergurau-senda dan pelbagai 'ber' lagi. Betul tak ? Tanpa kawan hidup ni sunyi. Walaupun kita dah hidup berpasangan kita masih perlukan seorang kawan.
Sering dikatakan kawan ketawa mudah dicari tapi kawan menangis payah ditemui. Tak dinafikan memang bukan mudah mencari seorang kawan yang sentiasa ada waktu susah dan senang. Tapi kita kena ingat kadang tidak semua orang sempurna. Mungkin semasa kita dalam kesusahan kawan pun dalam susah dan tak mampu untuk menolong tapi sewenangnya kita melabelkan dia 'kawan hipokrit'.
Ada yang kata wanita dan lelaki tak boleh bersahabat baik. Kerana pasti nanti salah seorang menyimpan rasa lebih dari seorang sahabat. Yes, ada benarnya. Oshin pasti ada kalangan pembaca berada dalam situasi macam ni kan. Tiada salah menyimpan rasa andai sahabat anda tu SINGLE. Cuma jadi isu bila sahabat anda tu sudah mempunyai kekasih hati.
Tapi ada juga terjadi bila mana dari berkawan, bersahabat berterusan ke jinjang pelamin. Ini semua sudah ditakdirkan. Andai kata tertulis anda bersahabat sampai bila-bila, tetap akan jadi begitu juga. Siapa kita untuk menolak takdir yang ditetapkan. Janganlah simpan rasa kecewa andai kawan yang kita sayang menjadi milik insan lain. Sepatutnya kita tumpang gembira atas kebahagiaan dia.
Jangan berkawan demi kepentingan diri sendiri. Berusaha untuk jadi kawan seseorang demi mendapatkan sesuatu seperti naik pangkat, meminjam duit, kenal dengan 'somebody', dan apa saja yang tak patut dibuat. Perkara-perkara seperti ini membuatkan kita semakin hilang kawan. Lagi tak tahan bila berkawan dengan seorang yang suka 'bawa mulut'. Habis dicanang sana-sini perihal orang bagaikan diri sendiri seperti malaikat tiada cacat cela.
Sekiranya anda punya pasangan, jagalah hati pasangan anda. Tak salah berkawan dengan jantina berlawanan tapi ada batasnya. Serapat mana pun anda dengan kawan tersebut, janganlah lebihkan kawan dari pasangan anda sendiri melainkan baru bercouple. Hehe. Bila dah berumahtangga, keluarga wajib didahulukan manakala kawan-kawan letak kemudian. Kalau setakat baru bercinta takde masalah kot nak lebihkan kawan-kawan dari pasangan (kalau pasangan bukan jenis cemburu buta lah).
Bak kata pepatah ' Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu '
Tiada ulasan:
Catat Ulasan