Pages

29 Oktober 2013

Shopping Lagi ? Ish... ish... ish...

Assalamualaikum,

Kalau dah namanya gadis dan perempuan memang tak sah lah kalau tak shopping kan. Oshin ni kata je nak jimat tapi tetap keluar duit beli itu ini. Huhu.


First, Oshin beli jubah ni. Macam biasalah beli online. Hehe. Kat mana ? Oshin jumpa di @syazawardrobe di Instagram. Bolehlah korang cari kalau ada Insta tu :) Nak follow Oshin ? Boleh ke @oshin_iera (nak juga promot). Harga dia RM70.00 termasuk postage. Kain memang sedap plus lining dia gelap tak macam sesetengah dress/jubah yang serupa takde lining. Still kena pakai inner dan kain dalam. Huhu.


Second, Oshin beli kasut ni. Yang ni bukan online tapi Oshin dapat masa cuci mata kat Festival Konvokesyen UTM #FeskoUTM. Oshin beli hari Ahad baru ni. Hehe. Ajak anak buah jalan-jalan. Keluar pun lambat dah sebab petang tu hujan lebat campur petir berdentum. Berdebar jantung kita. Huhu. Harganya cuma RM25.00 sahaja. Murah kan. Hehe.

Seingat Oshin ada 4 color iaitu coklat gelap, coklat cair, hitam dan merah. Yang beza tali di depan tu je. Tapi sebab dia high heel yang tapak flat dan selesa buat Oshin terus grab. Ok lepas ni tak yah cari kasut lagi untuk sementara waktu. Hehe.

Tiada ulasan: