28 Oktober 2013

Alhamdulillah, Impian Bakal Terlaksana

Assalamualaikum,

Rasa teruja sangat sekarang. Sebab ? Satu impian Oshin bakal terlaksana tak lama lagi. Alhamdulillah walau ada impian yang termimpi-mimpi selalu tak terlaksana impian lain pula bakal dicapai. Impian mana ? Cuba teka ? Ngeh3. Suka main teka-teki kan.

Impian Oshin yang paling diidamkan untuk jangka masa panjang adalah memiliki sebuah....

Pic Credit : Google (hanya gambar hiasan)

Sekarang ni tengah menunggu approval loan. Actually, dalam dilema untuk dua pilihan mana satu bank nak terima. Tapi baru satu yang approve dan satu lagi dalam proses. Jadi, Oshin tunggu dulu satu lagi approval dan tengok mana satu terbaik. Alhamdulillah ayah banyak membantu Oshin untuk capai impian satu ni.

Ikutkan gaji Oshin seorang memang tak lepas untuk loan tapi ayah sudi letak nama bersama untuk approval loan. InsyaAllah Oshin cuba bayar loan ni sendiri tanpa bantuan ayah. Kesudian ayah untuk kongsi nama pun dah cukup bermakna bagi Oshin. Semoga Oshin akan lebih kuat kerja untuk cari pendapatan lebih bagi tampung komitmen yang sedia ada.

u/p : Dijangka rumah Oshin siap tahun 2015/2016. InsyaAllah.

1 ulasan:

Kisah Si Dairy berkata...

moga dipermudahkan..insyallah