Assalamualaikum,
Sejak umur meningkat dan nak bertukar angka ni bukan main kerap orang bertanya bila nak kahwin ? Bila nak naik pelamin ? Bila nak berumah tangga ? Eh, samalah semua tu kan. Haha. Ye satu maksud yang orang tanyakan sebenarnya bila nak berdua ? Hmmm, Oshin tak pernah ada jawapan atas perjalanan yang dah ditentukan.
Ini semua kerja yang diaturkan oleh Allah. Jadi, siapalah Oshin untuk pertikaikan kerja DIA. Kawan-kawan pun fahamkan perjalanan hidup kita sudah ditentukan. Mungkin ada yang kata takkan nak tunggu tanpa usaha. Korang tau ke Oshin usaha ke tak ? Bukan Oshin takde kawan-kawan berlainan jenis ni. Ada tu memang ada tapi kalau Oshin je yang usaha tapi pihak satu lagi tak berminat untuk apa diteruskan. Betul tak ? Lagi-lagi jika orang tu kepunyaan orang lain atau dalam erti kata sudah mempunyai pilihan hati sendiri.
Oshin bukanlah perempuan kejam tak berhati perut yang nak cantas orang punya kekasih. Bila tau kawan tu dah berpunya jadi kenalah letak batas dalam hati supaya tak letak harapan tinggi. Biar kita rasa sakit dari buat orang merana kerana sikap kita. Ye dak ? Lagipun nak cari seseorang yang serius dalam perhubungan ni bukan senang. Mungkin ada satu sikap Oshin yang tak yakin seseorang tu betul-betul serius atau sekadar mengambil kesempatan.
Entahlah, tak tau nak fikir macam mana. Pada Oshin, kalau serius ada baiknya datang terus jumpa mak ayah. Betul tak ? Yela, umur Oshin sekarang ni bukan masa untuk main-main dah. Cuma bila fikirkan komitmen yang semakin besar sekarang ni kadang-kadang lupa dengan perkara ni. Kadang tu tak fikir langsung. Haha. Perjalanan dah ditentukan jadi Oshin hanya lalui dengan redha. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
30 Oktober 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
moga dpermudahkan..:)
insyaallah
dah biasa sangat dengan soalan macam tu.. sampai sekarang pon... hurrmmm... kekadang rasa fedup.. hihi... ape pun, sabar je la selagi boleh bersabar... :)
tq kak normi :)
amin anum :)
kan atie...selagi hidup soalan tu takkan hilang hehe
moga cepat2 jodoh oshin datang :P
Catat Ulasan