Pages

17 Oktober 2013

Berboling Di Hari Raya

Assalamualaikum,

Berbanding negeri di Pantai Timur, sambutan di negeri lain tak berapa meriah kan. Macam Oshin sendiri tiap kali raya Aidiladha sekadar duduk di rumah saja. Sebab ? Cuti kami hanya sehari dan ada baiknya rilek kat rumah menggunakan hari cuti. Kan.

Jadi kebetulan pakcik Oshin sekeluarga datang rumah. Bila dah sepupu pun ada maka wajiblah tanya ke mana hala tuju. Hehe. Jadi dah memang Oshin ni kaki merayap maka on je lah kami. Destinasi tujuan ? Of coz lah bandar JB kan. Terus ke Danga City Mall untuk boling. (First time main boling kat sini dan baru tau ada tempat main. Haha)



Tengok markah pun dah tau teruknya Oshin main. Haha. Biasalah setahun sekali asah bakat macam ni lah. Kitorang main 2 game je. Oshin dapat tempat ke-4. Sangat loser rasanya. Kah3. Berdepan dengan boling ni ada game untuk Archery dan Paintball. Cuma harga Oshin tak pasti berapa. Bolehlah uols try pergi nanti kalau berminat.

Balik boling cari makanlah yang penting. Dasar perut kebulur betul. Hee. Destinasi ? Kat Pontian je sebab sepupu Oshin nak amik adik dia balik kerja. Jadi terus ke pizza hut. Tak pilih pun menu baru sebab macam tak puas lah kan sorang sekeping. Pilih set 5 kot yang ada 2 regular pizza tu. Baru umphh ! Habis makan balik terus rumah memasing. Ini je lah aktiviti hari raya Oshin kelmarin :)

1 ulasan:

sitirohaida berkata...

SEMPAT LAGI YE BERBOWLING