17 Oktober 2013

Pensyarah Panggil 'Oshin' ?? Homaiii..

Assalamualaikum,

Baru je terjadi tadi. Tetiba pensyarah call. Pelik juga sebenarnya tapi angkat lah kan.

Pensyarah : Hello, Oshin ye ? Saya ni Dr Hamdan...
Oshin : Haah, ye saya (blur jap)
Pesyarah : Kelas kita hari Ahad ni ke Ahad lagi satu ?
Oshin : Ahad ni Dr. Ahad lagi satu dah konvo.
Pesyarah : Oh okay. Saya nak confirmkan balik.

End call....

Tetiba pesyarah call balik.

Pensyarah : Oshin eh. Saya nak key in data tapi tak jumpa nama kau ni. Mesti ada yang tak kena ni.
Oshin : Hee. Oshin tu bukan nama sebenar saya Dr. Nama betul ........
Pensyarah : Patutlah. Okey nanti saya check.

Inilah akibat letak nama samaran kat Whatsapp. Dah terbiasa letak nama 'Oshin' kat mana-mana laman sosial. Mana yang biasa tu tak la tertanya-tanya sangat kan. Ni yang baru berkenalan mesti pelik nama lain muncul. Hehe. Siaplah kena perli lagi time kelas nanti. Redha :p

Tiada ulasan: