24 Jun 2013

Projek Amal di Siem Reap

Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum...


Dianjurkan Oleh :
PERSATUAN SENTUHAN KEMBARA MALAYSIA
(OUR TOUCH)

Lokasi :
KAMPUNG PHONM NOREA MUII
SIEM REAP, CAMBODIA

Tarikh Program :
7 - 11 Disember 2013


Program ini dikendalikan oleh Persatuan Sentuhan Kembara Malaysia yang lebih dikenali sebagai Our Touch yang mana berpusat di Kuala Lumpur. Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah sebagai platform kepada para pengembara melakukan kerja amal dan sukarelawan ketika melawat negara asing terutamanya di negara dunia ketiga. Persatuan ini juga berfungsi dalam merancang, mempromosi dan bertindak selaku penganjur kepada program amal dan sukarelawan. Sasaran kebajikan adalah anak-anak yatim dan keluarga miskin yang mempunyai anak kecil.

Berpandukan slogan "With Our Touch, they SMILE" yang bermaksud "Sentuhan kami, melakar senyuman" diharap dapat memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat dunia. Mudah-mudahan dengan sumbangan dan sokongan dari kalian dapat melakarkan lebih banyak senyuman di bibir anak-anak kecil kariah Masjid Al-Muhammadiah, Phonm Norea Muii.

Oshin membantu seorang rakan yang mana beliau merupakan Pengurus bagi Program Amal ini. Di sini Oshin kongsi sedikit maklumat tentang Kampung Phonm Norea Muii ini.

Nama Kampung : Phonm Norea Muii
Ketua Kampung : Musa bin Mohammad Salleh
Bangsa : Melayu Champa
Bahasa : Kmher / Melayu Champa
Bilangan Penduduk : 1800 orang
Bilangan Keluarga Miskin : 100 keluarga
Bilangan Anak Yatim : 100 orang
Nama Masjid : Masjid Al-Muhammadiah

Credit : Our Touch

Di sini Oshin sertakan antara sumbangan yang diperlukan oleh pihak Our Touch untuk disumbangkan kepada mereka.

ALAT KELENGKAPAN ANAK YATIM
1) Set Iqra'
2) Al-Quran dan Rehal
3) Set Alat Tulis

Anggaran Kos : RM1000

PENYELENGGARAAN MASJID AL-MUHAMMADIAH
1) Sejadah
2) Al-Quran
3) Telekung
4) Kain Pelekat
5) Baikpulih Bangunan Masjid

Anggaran Kos : RM5000

SEDEKAH UNTUK 100 KELUARGA MISKIN
1) Beras
2) Minyak Masak
3) Barang Dapur Asas

*Kelengkapan ini akan dibeli semasa pihak penganjur berada di sana*

Anggaran Kos : RM10000

MAJLIS AQIQAH DUA EKOR LEMBU UNTUK 1800 PENDUDUK
1) RM350 untuk sebahagian lembu
2) 14 bahagian lain lembu (RM4900)
3) Bahan basah lain

Anggaran Kos : RM4900

Jumlah kos yang diperlukan : RM20900

Bagi yang ingin mengikuti lawatan ini yuran akan dikenakan dan sedikit info Oshin kongsikan :

1) RM300 termasuk pengangkutan dari lapangan terbang ke asrama penginapan, pengangkutan sepanjang program dari asrama penginapan ke lokasi program, penginapan sepanjang program, makanan dan minuman, perkhidmatan sokongan lapangan dan kemeja T rasmi program.
2) RM10 sebagai pendaftaran keahlian
3) RM30 untuk kemeja rasmi program

Jumlah bayaran : RM340

Segala sumbangan dari segi wang tunai atau barangan diterima pihak Our Touch. Bagi sumbangan berbentuk barangan boleh dihantar ke :-

Misi Kemboja Our Touch
No 4 Jalan 14/2A
Taman Wilayah Selayang
68100 Kuala Lumpur

Bagi sumbangan wang tunai, anda boleh salurkan ke :-

162553082825
Maybank
Anis Yohana Khalid

Anda juga boleh layari website INI untuk maklumat lebih lanjut.

Oshin harap kita sama-sama membantu saudara kita yang memerlukan bantuan. Sama-sama kita menambah amal dan membantu satu sama lain dan ukirkan senyuman di wajah mereka.

2 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

great xtvt

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Oshin shared bout this -anis-