21 Jun 2013

Kekasih Oshin ?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tamat sudah final exam Oshin untuk semester pertama ni. Untuk paper last ni Oshin tak berapa yakin sangat sebab malas membaca tu Nauzubillah. Hanya Tuhan je tahu tahap kemalasan Oshin seminggu ni. Huhu. Tapi harap keputusan nanti tak terlalu teruk lah. Seram pulak bila fikir keputusan nanti. (Siapa suruh tak fokus kan)

Macam biasalah memalam ni on lappy untuk online sebentar. Biasa online guna handphone je. Guna lappy ni besar sikit pandangan dia kan. Lagi puas orang kata. Tapi tak sepuas bila online guna PC. Haha. Nampak tak sikap tak pernah puas ? Ish ish ish. Apa nak jadi Oshin ni.

Search keyword for today !

Macam biasa memang banyak part cari tentang JDT. Lagilah nak final minggu depan kan. Ah, sedih nak cerita pasal final tu. Stop ! Yang kelakar terselit pulak orang cari kekasih Oshin. Mungkin dia nak cari Oshin lain agaknya. Tapi tersesat kat blog picisan ni. Hihi. Kalau Oshin yang ada kekasih bukan sini tempatnya. Eh ! Nak kabo diri tu Single And Available la tu :p

Kawan tu ramai lah cuma yang istimewa tak pasti. Selagi tak declare atau dikata apa-apa Oshin anggap kawan biasa. Yang Oshin minat atau suka ? Pastilah ada tapi kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. Anggaplah tiada jodoh. Eceh poyo la pula kan. Jadi siapa kekasih Oshin ? Tunggu dan lihatlah nanti.

1 ulasan:

cik amal berkata...

wahh2.. mcm paparazi pulak..keh3