24 Jun 2013

Pengalaman Stim Rambut

Assalamualaikum..

Alkisah Sabtu baru-baru ni Oshin teman mak pergi kedai gunting rambut. Alang-alang teman Oshin pun selit lah sekali. Niat asal cuma nak cuci biasa je sebab rasa lama sangat tak manjakan diri. Haha. Gedik sungguh ayat tu. Nama kedai ni Pias. Kalau dengar macam kedai aney kan. Tapi sebenarnya kedai cina. Tauke memang ramah. Tapi Oshin tak amik gambar dia lah. Hehe.


Lepas mak Oshin siap dengan urusan dia, giliran Oshin pulak dicuci rambutnya. Macam biasa komen banyak rambut gugur. Huhu. Masalah sungguh bila dah gugur ni. Jadi aunty ni syorkan untuk buat stim rambut. Memula tu macam tak nak dan fikir nanti dululah. Siap aunty ni kasi offer harga sekali dengan cuci RM35. Harga biasa lebih RM40 lah. Dah siap tu cuci dia tanya lagi. Last-last buat je lah. Lagipun rasa horror jugak masalah gugur tu.



Stim dalam 10 minit lah. Tau tak camne benda alah stim rambut tu. Kalau korang pergi salon rambut kan ada satu benda macam helmet ada tiang tu. Benda tu lah yang diguna untuk stim. Alah, kalau tengok drama kat tv tu mesti korang tau kan. Ni ha Oshin cari kat google.


Oshin paling suka kalau cuci rambut ni dia urut kepala. Fuhhh rasa angin terkeluar je dari kepala ni. Haha. Ringan semacam je rasa. Ada satu tempat tu siap urut belakang badan. Memang sedap baq hang lah. Lepas stim tu rasa lembut je rambut. Lurus tu dah kompem lah sebab rambut memang jenis lurus. Bak slogan rejoice "Guna jari pun boleh". Hehe. Puas hati !

Muka puas hati lepas stim rambut

Tiada ulasan: