25 Jun 2013

Kenduri tahlil dan kesyukuran keluarga

Assalamualaikum,

Ahad lepas Oshin ambil cuti kerja sebab ada kenduri keluarga. Ye Oshin kerja hari Ahad (minggu ni la) dan sebab tu kena amik cuti. Memandangkan tengah cuti sem ni kenalah kerja. Haha. Kalau tengah belajar dapatlah cuti hujung minggu tapi tak berapa nak cuti sebab pergi kelas kan. Hee. Jadi sambung balik cerita ye.

Kenduri ni melibatkan ahli keluarga sebelah nenek Oshin. Kiranya adik-beradik nenek berkumpul dan termasuklah anak cucu yang ada masa terluang untuk sama-sama berkumpul. Tapi kehadiran tak berapa nak ramailah pasal bukan waktu cuti sekolah kan. Walaupun gitu kemeriahan tetap terasa apatah lagi bila sang teruna hadir lengkap berbaju melayu dan bersamping manakala si gadis ayu berbaju kurung. Dah macam nak raya. Haha.


Majlis dimulakan dengan tahlil buat semua ahli keluarga yang telah pergi tinggalkan kami. Termasuk dua adik beradik nenek yang telah pergi dijemput Ilahi. Suasana agak sedih bila lepas majlis ada sesi memberi ucapan. Ye la nak berkumpul ramai-ramai memang susah. Kadang kekhilafan kita sesama saudara memang tak dapat dielakkan. Sedangkan raya pun susah nak berkumpul. Bila buat majlis macam ni, masa inilah kita boleh borak panjang dan saling bermaafan jika ada salah dan silap satu sama lain.


Oshin suka sangat bila semua saudara mara berkumpul. Sebab kemeriahan dia memang tak boleh disangkal lagi. Kena pula ada seorang nenek saudara Oshin memang penceria majlis. Suka buat kelakar dan mengusik anak-anak, cucu-cucu. Tanpa beliau memang suram sikit majlis. Hehe.


Bila berkumpul macam ni pasti ada nasihat dari orang tua pada anak-anak muda. Antaranya jangan dilupakan saudara mara yang lebih tua. Hormat orang tua. Jangan menyombong diri. Kenal saudara mara sendiri. Jangan nanti bila jumpa terlanggar bahu tak kenal sedangkan hakikatnya bersaudara. Itulah yang sering dipesan. InsyaAllah Oshin takkan lupa. Paling utama jangan lupa ziarah mereka yang sakit dan perlukan perhatian.

Macam biasa lepas majlis mestilah ada jamuan kan. Nak tau apa menu ? Ada ketupat, rendang, kari ayam, sayur lodeh, kuah kacang, ubi rebus, sambal tumis, kuih muih, nasi beriani. Serius dah macam raya kan. Haha. Nasib baik depan rumah arwah Tok Long Oshin memang kedai jual ketupat. Jadi kami makan beramai-ramai lah kat kedai. Sampaikan ada orang luar datang nak makan sebab ingatkan kami meniaga. Mana taknya kedai penuh orang sah-sahlah diorang ingat kedai makan ni bukak kan. Haha. Kesian orang yang datang tu.

Petang tu Oshin dengan mak bawak nenek-nenek saudara jalan-jalan pusing Pontian. Memang tak kering gusi lah jalan dengan diorang ni. Ada je lawak nak dibuat. Malam singgah kejap umah nenek saudara. Duduk sembang ramai sambil dengar kenangan dan cerita kelakar. Masing-masing punya perangai macam budak-budak. Golek sana sini, gelak puas-puas, kutuk sama sendiri. Haha. Kalau tengok orang mesti ingat nenek saudara Oshin ni macam muda. Hehe. Ada je keletah yang dibuat.

InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi nanti. Oshin sayang kalian. *hugs*

2 ulasan:

Normi Nieza berkata...

sronoknya kumpul ramai2..:)

Nurzakiah Hanum berkata...

alhamdullilah