Pages

26 Jun 2013

Orang Nak Mengata ? Biarlah ...

Assalamualaikum...

Kita ni manusia biasa. Kadang tu ada silap ada betulnya. Tapi kalau diri tu sentiasa rasa betul payah jugak. Ada je yang tak berapa nak suka kan. Kadang kita rasa apa yang kita lontarkan bila berkata-kata dah cukup WOW bila orang dengar tapi sebenarnya pada orang yang dengar terasa sangat menjengkelkan. Haaa masa ni mulalah sentap kan. Mulalah orang keliling menjauhkan diri.

Ada masa juga emosi kita kejap okay, kejap down, kejap happy, kejap murung. Kadang tu juga agak mempengaruhi aktiviti harian kita dan juga hubungan dengan orang keliling. Ada orang jenis bila moody tak suka diganggu. Kalau ganggu siaplah kena terjah. Masa tu jangan nak sentap pulak. Orang tengah moody kau nak kacau.

Bila macam tu mulalah ada yang mengata belakang kan. Katalah kita ni macam bagus, konon semua orang suka kat dia, konon pandai sangat, konon cantik lah. Biarlah apa orang nak kata. Mulut diorang kan. Peduli saje. Kita duduk diam-diam sudah. Cari masa muhasabah diri. Kalau dilayan kita sakit hati lepas tu kita pulak jadi macam dia yang dok mengata tak habis-habis. Sudahnya dua kali lima je perangai masing-masing. Jadi, biarlah.....

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

senyum jer eira..:)

Mimie berkata...

yg pntg kte tau sapr kte..pdli jela org mcm nih kan