Pages

19 Jun 2013

Cinta Cyber Tapi Tak Jumpa

Assalamualaikum

Siapa ada pengalaman bercinta di alam maya tapi tak pernah jumpa ? Oshin pernah mengalaminya. Hasil ? Kekecewaan la yang pasti. Kahkahkah. Tapi bukan pasal dia tipu rupa ke apa cuma hal yang terlalu peribadi untuk diceritakan. Nak kasi tips atau nasihat tak pandai sangat. Sikit-sikit bolehlah. Cuma Oshin harap jangan percaya sangat dan yakin. Okey ?

1) Selidik maklumat dengan terperinci.

- Memandangkan sekarang ni semuanya hanya di hujung jari, carilah apa-apa maklumat yang berkaitan. Kalau tau tempat kerja bolehlah tanya kawan-kawan kot ada yang kerja area sama. Leh tolong jadi spy. Tapi jaranglah nak bagitau kerja sebenar bila niat hanya menipu kan.

2) Add social networking

- Melambak dah sekarang social networking punya applications. Facebook, twitter, instagram, keek, whatsapp, wechat, kakaotalk dan macam-macam lah. Mintak kat dia segala-galanya yang dia ada. Haha. Kalau dia jujur memang dia bagi lah. Lagi jujur kalau bagi Id dan password. Haaa masa tu selidik lah puas-puas. Tapi keburukannya dia boleh buat banyak akaun.

3) Ajak jumpa

- Part ni kadang-kadang jadi isu. Bila kita ajak macam-macam alasan dia bagi. Sekali, dua kali boleh terima. Kalau banyak kali, sila tukar segala password social networking korang dan block dia. Haha. Lagi parah bila dah janji nak jumpa dan kita beria-ia lah kejar masa sebab tak nak dia tertunggu. Bila sampai dia mesej tak dapat datang sebab ada kerja. Menyirap bandung betul masa tu.

4) Kenal kawan-kawan

- Kalau yang ini lebih mudah sebenarnya. Kita tengoklah kawan dia siapa. Tapi kalau dah kenal kat alam maya sah-sah la tak tau siapa kawan dia kan. Pilihlah sesiapa dalam facebook tu dan tanya pasal dia. Kalau tengok status dan komen dari kawan-kawan kita boleh agak mana satu kawan dia yang betul. Kot ? Hehe.

Rasanya boleh pakai ke tips Oshin kasi tu. Sebab Oshin tak la praktik mana benda ni sebab masa tu konon percaya. Haha. Tapi masa tu Oshin simpan semua id dan password untuk social networking dia. Jadi Oshin tau lah dia menggatal ke tak dengan orang lain. Haha. Kalau rasa nak ikut, silalah ikut. Kalau tak, buat bahan bacaan je ye.

7 ulasan:

Cik Nor berkata...

tak pernah jumpa cinta cyber..::)

Mysara Ab Rahman berkata...

kwn mai jmpa kt alam maya la..dh kwin n bru ada baby...

Mysara Ab Rahman berkata...

ekwn mai jmpa kt online gk la..dh kawin n ada baby pn...

Unknown berkata...

LDR je.. tpi kosong je..ehehe..tpi yg buat byk account tu kiter..ehehe.. Nk jupe dia jauh..ehehe.:P

oshin berkata...

kak normi : tak merasa lagi eh hihi

mysara : memang dah jodoh kan..oshin je tak jumpa lagi :)

zack : kenapa kosong ? nak seribu daya tak nak seribu dalih hehe kalau suka, carilah peluang jumpa dia okey :)

Tanpa Nama berkata...

Emm...sy sudah mengalami situasi ini skarang..
terjumpa kat Wechat..
btw..i'm from Kchg ..
dia org kuantan tp keja kat kchg..
cinta cyberr...huhuhu..
lawak..dating kat airport..sebab teringin sgt nak jumpa ..so kami bg date n place..
sy lah bg..tp dia br lagi kat Kchg..so x tau sgt..
jadi sy suruh je pegi Airport....
hahaha...first time jumpa....tanpa segan silu dia peluk sy..sy plak yg stuck..
and he say" sy tau u mmg wujud pic u kat wechat sama dgn muka u skrg"
so sweet...tp we have problem ant agama n bangsa je skrg..wish we luck.

Tanpa Nama berkata...

Pernah mgalami cinta cyber..
dating kat Airport Kuching .
btw..im from kuching..
Dan dia dari kuantan..
Emmm..panjang crita..
We're very happy now..
but ada masalah bangsa n agama..
wish we luck..