26 Mei 2013

Final Exam !!! Deborrrr ...

Assalamualaikum,

Hai uolsss. Oshin dah kena bersedia untuk hadapi final yang akan diduduki tak lama lagi. First paper Oshin macam yang Oshin kabo entry lepas adalah subjek Finance. Pagi tadi masa kelas Finance Oshin seronok. Memula tu bila lecturer masuk kelas dia kata nak pulangkan semula kertas jawapan untuk dua ujian yang lepas. Debor katanya...

Lepas tu Dr sebut ada yang dapat full mark untuk test 2. Lagilah debor sakan sebab rasa kagum dengan mereka yang dapat full mark tu. Tunggu punya tunggu dapatlah kertas sendiri. Yang kelakar masa dapat kertas tu lecturer cakap 'Oh, duduk sebelah-sebelah eh?' . Pasal Oshin dengan member memang selalu dua orang je kalau dalam kelas. Duduk depan pun berdua dan masa test tu ada discuss sket lah. Bila tengok kertas, dapat full mark. kehkehkeh. Lega jugak tengok markah tu. Tapi masih risau sebab test satu agak kurang yakin.

Bila dapat kertas satu lagi Oshin dapat separuh markah. Dari 40, Oshin dapat 20 je. Alhamdulillah dan sebab carry mark full 60, test satu lecturer amik 20% dan paper 2 amik 40%. Maka total carry mark Oshin 50/60. Alhamdulillah. Paling tak sangka bila lecturer sebut nama Oshin dapat markah paling tinggi. Syukur pada Allah. Memang niat Oshin nak focus betul-betul untuk 2nd degree ni. Nak tebus balik kekurangan dan kesilapan masa belajar dulu. Walau kos berlainan tapi Oshin nak buat yang terbaik.

Untuk dua lagi subjek Oshin masih tak dapat lagi carry mark. Harap-harap lepaslah markah untuk lulus. Tapi untuk final tetap kena struggle hard. Jadi minggu ni dan minggu seterusnya Oshin dah kena mula belajar dan fokus. Doakan Oshin ye kawan-kawan.

#JDT #LuaskanKuasamuJohor #AlwaysWin #SupportAlways

3 ulasan:

Norain Yusoff berkata...

good luck dear.. do ur best~

[5rUs] berkata...

Gud luck dear ... Rabbi yassir wa a tuassir.. (*_^)..

Normi Nieza berkata...

gud luck eira..:)