10 April 2013

Senaman Menyihatkan Tubuh Badan

Assalamualaikum

Rasanya dah lama Oshin tak bersenam. Sejak bekerja ni entah berapa kali bersenam. Kalau dah kerjanya duduk depan komputer memanjang tahun bila nak pergi bersenam kan. Hari cuti pulak sekadar duduk rumah dan buat kerja rumah. Itupun bolehlah dikira senaman tapi pada Oshin takla senam sangat sebab tak keluar peluh. hihi.

Dulu masa sekolah aktif lah jugak bersukan. Percaya tak badan keding Oshin ni masuk tenis. kahkahkah. Anda harus percaya. Sebab family Oshin majoriti memang main tenis. Masa tingkatan 2 Oshin wakil sekolah ke peringkat Daerah dan Negeri. Nampak macam hebatkan ? Masa tu berat Oshin hampir 50kg so nampaklah ketembaman pipi dan badan. Tapi sekarang nak capai 45kg pon payah. Sedih sungguh. Jadi masa tu memang aktif lah. Ada juga main bola tampar, dan badminton dekat court sebelah rumah dengan jiran-jiran. Tapi sekarang semua dah tiada.

Sejak kerja ni memang jarang lah bersenam. Paling kurang pun pergi shopping mall berjalan kaki puas-puas. Jalan kaki pun dikira satu senaman juga kan. hihi. Masa sekolah dulu selalu gak mengamalkan jalan kaki waktu petang dengan kawan-kawan. Walaupun dalam keadaan santai tapi bolehlah dikira satu senaman regangan kaki, cewahh. So tadi carilah apa-apa gambar yang berkaitan dengan senaman kat Google. Mungkin cara senaman ni dapat bantu Oshin dan rakan-rakan yang terutamanya bekerja menghadap komputer memanjang.

Jom amalkan senaman ! Supaya kita sama-sama sihat dan segar untuk mulakan hari setiap masa. Cubalah curi sedikit masa sebelum mulakan kerja atau seeloknya lepas bangun pagi untuk buat sedikit senaman ringan. Dalam 5 minit pun boleh asalkan kita bersenam.

2 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

setuju2

Normi Nieza berkata...

good sharing..:)