Pages

8 April 2013

Coretan Hati : Demam

Assalamualaikum...

Makluman : Oshin Demam

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin maklumkan kepada pihak Tuan dan Puan bahawa anak jagaan kami yang bernama Oshin, nombor kad pengenalan 012345-67-8901 tidak dapat mengupdate blog nya dengan kerap kerana demam.

2. Ini disebabkan pada hari Sabtu lepas bersamaan 6 April 2013 dia pergi stadium Larkin untuk saksikan perlawanan bola di antara Johor Darul Takzim dan Selangor. Walaupun tewas tipis 1-2 kepada pasukan Selangor, dia masih tetap menjadi penyokong setia JDT. Lepas perlawanan, dia pergi menjamu selera bersama keluarga dan tiba di rumah lebih kurang jam 2 pagi.

3. Pagi Ahad pula bersamaan 7 April 2013, dia menghadapi ujian bagi subjek kewangan yang mana hampir seminggu lebih belajar masih tak faham-faham. Kepala dah berpusing dan pening akibat tak jumpa jalan penyelesaian. Kerana itulah dia jatuh sakit dan demam. Kasihan dia kan Tuan/Puan.

4. Diharap dengan penjelasan ini pihak Tuan dan Puan dapat memaafkan anak kami, Oshin jika semakin jarang update blog. Ditambah lagi kesibukkan bekerja dan menghadapi segala rintangan dan cabaran kehidupan membuatkan masa untuk menjengah blog picisan ini agak terbatas.

Segala kefahaman dan pemahamana dari pihak Tuan dan Puan amatlah kami hargai. Kami dahului dengan ucapan sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Penjaga Oshin

p/s : Tahniah Shaheizy Sam menang Anugerah Bintang Paling Popular 2012. I Love You !

1 ulasan:

Cik Nor berkata...

haha..sempat lagi tu :)