skip to main |
skip to sidebar
Pakai Braces Sebab Nak Cantik ?
almaklumlah Oshin kan gadis bergigi besi kan sekarang ni. jadi sepanjang pegang gelaran tu selalu terfikir aku pakai braces ni sebab nak cantik ke. ini pun sebab sering dapat soalan dari kawan-kawan. depa selalu tanya, "ko pakai braces ni sebab nak cantik ke?"
opsss...Oshin nak perbetulkan kenyataan korang-korang semua ye. jangan nak beri tanggapan pada seseorang kalau tak tau kisah sebenar. ikutkan Oshin tak la rasa nak pakai pon. sebab Oshin bersyukur dengan apa yang telah diberi Allah. walau susunan gigi Oshin dulu boleh dikatakan agak berterabur. ada yang di depan, ada yang dibelakang dan berlapis. Oshin tetap tak kisah walau kadang-kadang tu timbulkan rasa rendah diri.
yes ! segelintir orang yang pakai braces ni sebab nak tingkatkan semangat dan keyakinan diri. begitu jugak dengan Oshin. ikutkan ada jugak yang larang Oshin pakai braces ni. katanya da cukup manis sebab gigi berlapis. katanya lah kan, orang gigi berlapis dan bertaring ni manis dan unik. ada jugak yang jeles bila tengok orang gigi berlapis. katanya orang gigi berlapis ni suara sedap. haha. tapi suara Oshin memang kelaut bila menyanyi.
tapi makcik Oshin selalu suruh pergi buat braces. siap pesan kat mak suruh ingatkan Oshin untuk buat rawatan. tapi mak kata kalau nak buat kena pakai duit sendiri. masa tu baru kerja so tak la terasa nak buat sangat. tapi makin lama Oshin terfikir makin lama gigi akan bergerak dan mungkin mengganggu sistem pemakanan. ditambah pulak teringat dengan kata orang tentang gigi Oshin yang tak secantik gigi dia. hmmm.
selama ni Oshin perasan bila bercakap orang macam fokus untuk melihat kedudukan gigi yang tak teratur. segan jugak bila fikirkan. lepas tu bila nak snap gambar mesti Oshin akan mengelak untuk tunjuk gigi sebab rasa rendah diri sangat. cuma sekali masa zaman belajar di U dulu. ada satu gambar yang diambil menunjukkan Oshin tersenyum dan menampakkan gigi. dan kawan Oshin kata lebih manis kalau Oshin bergambar nampak gigi. tapi tak semua gambar menunjukkan kemanisan tu. sampai kadang-kadang tak nak langsung tengok gambar yang diorang amik.
mungkin jugak dulu orang lebih kenal Oshin kerana keadaan gigi yang tak teratur. nak kata pelajar pandai tak jugak, nak kata pengawas sekolah pun tak jugak. mungkin sebab gigi kot. haha. so tahun lepas bermula segalanya bila Oshin mula pakai braces dan gunakan duit sendiri (baru puas hati kan). dan kini genap setahun Oshin pakai braces. hasilnya ? hehe alhamdulillah Oshin dah boleh tersenyum tunjuk gigi. kahkahkah.
Oshin tak nak orang salah anggap pemakaian braces ni semata-mata untuk cantik. lagipun haram kita mengubah kejadian Allah kan. tapi kalau ada sebab yang tertentu dibolehkan. sama jugak macam pembedahan plastik. kalau muka kita cacat (maaf ayat kasar) kita boleh buat pembedahan supaya kita tak rasa malu untuk berdepan dengan khalayak ramai. tapi kalau dah semulajadi cantik tapi nak bedah, haaa yang tu haram noooo...
so lepas ni janganlah perli Oshin kata pakai braces ni semata-mata nak cantik. Oshin tak pernah rasa macam tu cuma nak kembalikan keyakinan yang kurang sejak dari dulu. huhu.
3 ulasan:
Chaiyok...mesti cantik pasni...lantak apa org nk kt.
x slh pkai braces...cume nak baiki gigi je kann
sabar jer lah eira...
Catat Ulasan