hai korang ! so masih menanti hapdet dari Oshin ? hihi thanks buat yang menanti. walau traffic tak mencanak macam orang lain tapi Oshin tau anda adalah silent reader and good stalker, right ? jom sambung story....
so hari kedua ni kami dibawa menuju ke Cu Chi Tunnel. perjalanan mengambil masa selama 2 jam dari bandar Ho Chi Minh. sepanjang perjalanan tourist guide kami beri penerangan la tentang penubuhan Cu Chi Tunnel. tapi disebabkan keletihan menempuh perjalanan yang panjang buatkan Oshin dan beberapa orang lain tak mampu nak fokus. siap tersengguk tidur dalam bas. kah3. maaf lah Thang ea.
tapi ada la jugak Oshin dengar sikit-sikit pasal sejarah perang Vietnam tu. tapi nak recall balik memang tak la. haha. maaf. tapi memang apa yang mereka alami sangatlah dasyat. kemerdekaan hanya dikecapi pada tahun 1975. peperangan berlaku hampir 20 tahun tak silap. wanita dan kanak-kanak serta bayi dibunuh tanpa perasaan. dan paling mengagumkan askar mereka terdiri daripada wanita yang mempunyai semangat juang tinggi. setelah beberapa tahun diserang dan dibom merata tempat, mereka mula mencipta senjata dan bom buatan sendiri. mereka belajar bagaimana mahu menembak, membuat jerat, meloloskan diri dan macam-macam lagi demi selamatkan negara yang dicintai.
Cu Chi Tunnel ni dibuat sebijik macam apa yang mereka lalui. maksud Oshin bagaimana keadaan terowong yang mereka bina untuk selamatkan diri, alat senjata yang mereka guna, segala bentuk perangkap yang dibina bagi menjatuhkan pihak lawan dan lain-lain.
gambar atas ni menunjukkan macam mana mereka mengaburkan pandangan mata pihak lawan tentang tempat persembunyian mereka. tengok gambar macam besar lubang tu kan. hakikatnya kalau perut dah ke depan jangan mimpi nak masuk. kah3. orang yang jaga setiap check point kat sini semuanya adalah bekas askar mereka dan badan mereka masih fit dan tough.
yang atas ni pulak perangkap-perangkap yang mereka bina untuk kerjakan pihak lawan. perangkap yang diorang buat ni memang menarik. bila dikejar pihak lawan mereka akan masuk bahagian perangkap ni tapi kenalah ada teknik supaya tak terjerat. yang pihak lawan ni pulak ingatkan selamat lah nak masuk sebab tengok member tu selamber je masuk. tapi sayang nyawa di hujung tanduk bila masuk dah kena tusuk. kalau satu ok la jugak tapi ni setiap penjuru besinya. tak ke haru mati sesia camtu. huhu.
ini adalah gambaran workshop askar mereka. kat sini ada lah patung bergerak yang kononnya sedang bertukang. ada yang tengah buat bom, ada yang tengah buat senapang, dan lain-lain lagi. pengalaman Oshin paling menarik kat sini bila Oshin alami sendiri macam mana diorang duduk dalam terowong tanpa ruang udara yang cukup. Oshin yang ada dalam tu tak sampai 5 minit pon da tercungap, apetah lagi diorang yang duduk selama 20 tahun. what ? 20 YEARS ? of course guys ! Oshin tak tipu. hidup dalam terowong yang hanya setinggi beberapa meter saje. sebelum ni terowong tu dibina lebih kecil tapi sekarang dah dibesarkan sikit la. tingginya hanya separas pinggang lelaki dewasa dan nak masuk dalam tu kena bongkok. lebar pon tak la besar mana. sesape yang rasa badan besar tu memang tak boleh nak masuk.
inilah gambaran dalam terowong tu. Oshin masuk memang muatlah kan. tapi nafas sangat terganggu. rasa sesak nafas pon ada jugak. bayangkan diorang yang duduk 20 tahun tu. oh ye. Oshin lupa nak kabo. kepandaian diorang ni memang patut dipuji sebab dalam terowong ni bukan setakat 1 level semata-mata tau. tapi ada 3 level. level pertama ada dining hall, tempat memasak, tempat berehat, tempat bekerja. satu hal lagi yang sangat mengagumkan mereka ni sangat cerdik. bila memasak mestilah ada asap kan. so untuk elak pihak musuh kesan keberadaan mereka, dibuat satu lagi laluan untuk keluarkan asap yang berkumpul. so bila askar musuh nampak asap keluar dari tanah, mereka akan cepat-cepat bom kawasan tu. padahal tanpa mereka sedar, tiada siapa pon berada di situ. pandai kan diorang ?
3 level terowong yang dibina
patung yang kami dok posing sama tu dibuat sebagai gambaran apa yang askar mereka buat jika ada waktu senggang. mereka duduk bersama dan berborak. kereta kebal tu pon real tak silap Oshin. memang besar. ikutkan hati nak panjat tapi segan la pulak. haha. lagipun tourist guide dok memanggil untuk ke check point seterusnya.
uols nampak tak selipar yang bersusun tu. paling kecik tu saiz baby tau. kalau korang nak tau selipar ni diperbuat daripada getah tayar. siyes ! Oshin tak tipu. dan yang menariknya selipar ni digunakan semasa zaman perang Vietnam dulu. askar kita lebih maju bersepatu semasa perang kan. tapi mereka hanya berselipar getah saje. hebat kan ? dan selipar ni diorang ada jual. tak silap dalam 60,000VND kot. Oshin pon ingat-ingat lupa hihi.
oh ya Oshin berkesempatan menembak guna senapang AK47. berangan lah nak amik M16 tapi orang yang jaga tu kata orang perempuan lebih sesuai pakai AK47. tinggal harapan lah nak bergaya ngan M16. kah3. tapi gambar dalam camera ayah. tak sempat nak transfer lagi pasal takde kabel. so lepas setel semua check point kami dihidangkan dengan makanan ruji mereka semasa zaman perang iaitu Ubi Kayu. sangat sedap sebab dibakar. cecah pulak ngan kacang yang ditumbuk halus bersama gula dan garam. *thumbs up*
Oshin rasa cerita dia memang panjang tapi bosan pulak korang nak baca kan. dah lah Oshin ni memang pattern suka mengarang panjang-panjang pastu gambar takde sampai ke sudah. betul tak ? actually gambar Oshin amik total dekat 2++ tapi kenalah cantumkan supaya loading lebih cepat kan. balik dari Cu Chi Tunnel ni kami pergi makan lah. then pulang hotel sambung shopping lagi. haha.
see u next entry !
5 ulasan:
teringat mase free holiday ke vietnam bulan 3 aritu...mmg berpeluh la bile kuar dari tunnel tu...mmg respect sgt2 kat vietnamese blh kalahkan amerika... :)
owh..tak sabarnya nak dpat ole2 dr vietnam nie..haaha
syok nya jalan jalan pegi tempat bersejarah mcm ni.
haihhh! terpaksa pendam hasrat kejap. hahaha..
selamat bercuti.. best nya dapat bercuti luar negara
Bestnya...jejalan ke over the sea kan.Ty insyallah before May maybe la ke Beijing masih dlm perancangan.
Catat Ulasan