21 Disember 2012

Holiday To Vietnam : War Remnants Museum

hai korang ! moh kita sambung lagi percutian Oshin ke Vietnam !
hari ketiga tu kami dibawa ke Sungai Mekong. sebelum sampai jeti kami singgah dulu ke Mekong Rest Stop. berhenti pun tak lama. sekadar cari bilik air bagi yang nak membuang. haha. tapi paling cantik kat sini bila banyak sangat teratai. gebu-gebu semuanya. apa lagi amik kesempatan lah amik gambar kan untuk tatapan uols. hihi.
nampak tak ke'over'an bila bergambar. haha. asal bergambar mesti ayah lah yang jadi jurufoto nya. haha. thank ayah ! kat sini nak beli pon macam ragu-ragu. sebab most of the food and drink is Non-Halal. sesetengah tempat dia akan letak papan Non-Halal. memang tenang la bila datang sini. it's beautiful !

then baru la teruskan perjalanan. nak ke Sungai Mekong kena naik bot. tak jauh pon dari jeti dia. jangan tak tau kat Vietnam pon ada jambatan macam kat Pulau Pinang tu. Oshin memang sukakan pemandangan pantai dan laut. Oshin boleh duduk sensorang dan termenung sambil merenung masa depan. haha. rasa rilek dan tenang je tanpa gangguan sesapa. so kalau Oshin nak sembunyikan diri mungkin ke pulau atau ke pantai kot. haha.
so dah sampai tempat dituju kami ditunjukkan kilang proses kelapa. bukan macam mana tumbuhnya kelapa tu tapi dari kelapa tu diorang buat apa. haaaa. dan sekarang Oshin dah lupa. kah3. tapi bentuk dia macam gula-gula tarik tu. macam-macam flavor ada. Oshin tak leh makan banyak-banyak nanti tanggal braces pasal dia melekat melekit. haha.
oh ya ! kat sini memang musim durian jugak kot. pasal kat memana ada durian. dan buah-buah lain pon boleh tahan banyak. durian kat sini gedabak. isi memang kuning memanjang. tapi Oshin tak merasa lah. hihi. hanya mampu pandang saje. so kami dijamu dengan hidangan yang menyelerakan. most of them dibuat dari kelapa. kat sini dia promot madu lebah. air yang dihidang, teh dicampur madu, limau dengan serbuk apetah. tapi memang sedap la.

lepas tu kami shopping sakan la. sebab kat sini dia jual beg-beg yang sangat cantik ! hand made uols. memang rambang mata nak pilih. siap di offer beli 5 percuma 1. so kitorang plan ngan yang lain-lain sorang amik satu atau dua then harga bagi la berapa orang untuk satu beg. memang kayo mamat kedai tu. yang kelakar bila tanya harga memula harga lain. bila tanya kali kedua, harga lain. lagi kita tanya lagi lain harga. makin murah pulak tu. haha.
mungkin kat Malaysia ada kan. tapi kat sini memang tak boleh nak larikan pandangan. macam tertarik-tarik hati nak beli. haha. uols tengok la hasil tangan diorang kat beg-beg tu. siap ada manik-manik lagi. macam mana lah tak terpikat kan. lepas tu kami dibawa pulak menikmati buah-buahan tempatan. sambil makan sambil dihidangkan dengan persembahan dari gadis-gadis cantik. seksi uols pakaian diorang. baju jarang tanpa pakai inner. tapi pakaian dalam tu adalah. tapi sang lelaki bermata galak tu memang cuci mata lah kan.
dah kenyang makan buah masa untuk naik sampan !. yeehaaa. rasalah betapa adventure pengalaman naik sampan. satu sampan boleh naik 4 orang. sediakan tips dalam 20,000VND untuk tukang dayung. jangan terkejut tengok yang mendayung tu wanita. lebih kurang saiz badan Oshin je. bayangkan kalau saiz badan yang naik tu lagi besar dari diorang. demi sesuap nasi mereka sanggup lakukan apa saja. amaran kalau naik sampan ! jangan pegang tepi sampan tu. pasal bila bertembung dengan sampan lain kompem bergesel. bayangkan kalau letak tangan kat situ dan bergesel dengan sampan lain. boleh putus woahhh.
so ayah ngan adik Oshin tolong dayungkan sekali sampan tu. berpeluh tengok wanita yang mendayung tu. da sampai jeti kami naik bot dan pergi makan ! so far tempat makan yang disediakan memang sedap ! memang sentiasa kenyang la kat Vietnam ni. haha. dasar pemakan ! siap makan balik ke jeti dan pergi Museum pulak. pehhh intro punya panjang kan. tapi ni semua perjalanan dan pengalaman yang Oshin tempuh sebelum ke Muzium.

so kat Muzium ni diletakkan gambar-gambar semasa berlakunya perang kat Vietnam. memang teruk sangat lah apa yang diorang alami. masa Oshin datang ramai mat salleh ke sini. diorang pon macam terkedu tengok kekejaman askar US yang tak berperikemanusiaan tu. Oshin kongsi gambar yang diambil je la eh. haha. rasa dah panjang sangat bebel ni.
 antara senjata dan bom yang digunakan
 antara kekejaman yang dilakukan
 senjata yang digunakan
kereta kebal dan kapal terbang perang

muzium ni ada 4 tingkat. Oshin leka jalan sorang-sorang kat dalam ni tengok gambar. dah lama baru perasan mana ntah rombongan yang sesama datang. haha. dah siap jelajah turun ke bawah. rupanya memasing dah kumpul kat pondok pak guard. sebelum naik bas tu gambar la kat kapal terbang ngan kete kebal kat luar. lepas tu naik bas dan balik hotel. walaupun mak-mak dara kata penat tapi bila kata shopping semua jadi semangat dan segar. haha.

sampai hotel terus plan nak shopping mana. haaaa. kalau dah perempuan tu perempuan jugak kan. so kami yang anak-anak ni ikut je la. ayah pon jenis tak kisah. ke mana pergi pasti ikut. hehe. so sambung next time !

6 ulasan:

kaizen berkata...

tang cuci mate tu sy suke... hehehe

*ole2 xde?? ngeh3....

Anum berkata...

syoknya jalan2

nur anis berkata...

seronoknya dapat jalan ke negara orang..:)

hanhdy berkata...

nak naik sampan tu.. mcm adventure je.. suka2.

hana bleh tengok gambar je lah. nak p tu entah bila

Azlan Strider berkata...

aritu my fren br balik dari vietnam gak..memang menarik tempat dia..hehehe

Regards,
-Strider-

Nadia Johari berkata...

wah syoknyer spt prgi vietnam..bile la nk dpt pegi hehe