Pages

12 Disember 2012

Holiday To Vietnam : Day One

Ni tentatif perjalanan Oshin dari Pontian ke Vietnam. Tataplah kawan-kawan ye.
Rabu (5/12/12)
10.20pm : Menaiki bas di Pontian menuju ke KLIA
12.30am : Berhenti di RnR Pagoh
2.30am : Berhenti di RnR Seremban
4.00am : Tiba di KLIA
9.00am : Penerbangan pertama ke Ho Chi Minh menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS)
10.00am : Tiba di lapangan terbang Ho Chi Minh (waktu tempatan)
12.30pm : Penerbangan kedua ke Ho Chi Minh menaiki pesawat Vietnam Airlines
1.30pm : Tiba di lapangan terbang Ho Chi Minh (waktu tempatan)
Untuk makluman waktu di Vietnam hanya lewat sejam dari waktu Malaysia. Lebih kurang macam kita pergi Indonesia la. kalau kat Malaysia pukul 2.00 petang, kat sana baru 1.00 petang. tapi suasana lebih kurang je dengan Malaysia. so dah sampai airport tu tourist guide kitorang dah tunggu kat balai ketibaan. so dah setel urusan imigresen dengan bagasi terus naik bas dan menuju ke hotel.
sepanjang perjalanan ke hotel tourist guide kami terangkan serba sedikit tentang negara dia dan jugak kasi pesanan yang perlu kami ingat sepanjang berada di sana. antara nasihat yang tourist guide beri :

1) alert dengan barang-barang peribadi sebab kat sana ramai penyeluk saku especially lelaki yang suka letak wallet kat poket belakang
2) jangan gunakan telefon semasa sedang berjalan sebab ada kes telefon dirampas dan dibawa lari
3) berhati-hati dengan pengilap kasut sebab dia akan datang dan gilap kasut kita walaupun kita tak mintak. lepas gilap dia akan mintak duit dan akan paksa bila kita tak nak bayar.
4) buat lelaki hati-hati dengan perempuan offer massage (mengurut). nanti dia ajak ke mana-mana then tanpa sedar wallet kita hilang

Oshin rasa pesanan dia macam panjang lebar tapi tak dapat nak ingat semua la. haha. so sampai hotel da check in letak barang dan turun semula untuk SHOPPING ! tapi tourist guide dah pesan petang tu survey je dulu sebab banyak masa untuk kitorang pergi nanti. tapi ada jugak yang tak tahan godaan terus membeli belah. haha. biasalah orang perempuan kan.

so dah panjang bebel ni Oshin kasi korang tatap la gambar yang Oshin snap sepanjang kat sana okey.
Sementara menunggu penerbangan jam 12.30 tengahari

Pandangan dari tingkap kapal terbang

Yang atas tu tourist guide kami : Victor & Thang

Bilik Oshin yang tidur keseorangan

Pemandangan di sekitar bandar Ho Chi Minh

Ni gambar yang Oshin amik masa first day kat Vietnam. Ikutkan banyak tapi Oshin jadikan satu so tak la loading lama sangat untuk uols tengok. oh ye ! pasal bilik tu kan sepatutnya Oshin sebilik ngan akak tapi last minute dia tak dapat pergi maka Oshin keseorangan lah tidur kat bilik. ada juga offer anak kawan ayah tu tidur sebilik tapi dia tak nak. puas la tidur sorang-sorang dalam bilik besar tu. haha.

Menu makan malam pertama

hari pertama ni memang letih sangat sebab menunggu lama kat airport satu hal. dekat 8 jam kot duduk airport tu before depart. pastu sampai berkejar pulak untuk naik bas sebab takut tak dapat tempat duduk (sekadar ikut arahan). lepas check in ikut pulak pergi meredah pasar malam sambil survey barang. tapi dapat jugak la belikan jubah untuk adik Oshin. mak Oshin pun dapat lah satu baju kurung lip lap bermanik. kui3. so nantikan update Oshin pasal hari kedua kat Vietnam di Cu Chi Tunnel dan pengalaman menarik kat sana.
 

5 ulasan:

Unknown berkata...

bestnya lahai dapat jenjalan gi ober-the-sea.. hehe.. :D

Mr.Superman berkata...

org kaye..cuti jauh2 :D

oshin berkata...

@farah : sesekali je hihihi

@abg stalker : mana ada kaya...sekadar mampu je :p

Yanty Lee berkata...

Wah patut la lm xberWeChat.tgh salan menerokai dunia Vietnam. Tlg get me 1 FM pastu pos!

SheeLittleSunshine berkata...

katil kemain besarrr! jeleesss. hahaha