23 Disember 2012

Bila Ia Datang ...

secara ringkas je ni nak bebel...

apa benda yang datang tu. erm Oshin pon tak tau nak kata. cuma setiap orang akan ada dan akan lalui. sendiri punya sendiri punya hal la kan. komfem korang tak faham apa Oshin taip dan bebelkan ni kan. takpelah. hanya yang mengalami yang mengerti. atau ada yang faham. haha.

bila ia datang kita akan rasa gembira. kita rasa bahagia sentiasa. tapi jangan lupa setiap yang terjadi pasti akan ada halangannya. bak kata pepatah ;
Panas Yang Disangka Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahari
madah berhelah sangat Oshin tengahari buta yang terik ni. kahkahkah. biasalah ada masa jiwa tu memang lembut ada masa kasar. tapi biasanya hati lembut ni time hujan kan yelah tengah kesejukkan dapat pulak dengar lagu syahdu, haruslah feeling sendu berlagu pilu. hahaha.

kalau merepek bukan main. bagi lah Oshin ni merapu. entah korang faham ke tidak. haha. buat-buatlah faham ye kawan-kawan. apa Oshin tulis ni apa yang terlintas dalam kepala dan hati. kalau rasa tak menarik ayat tu cuma tekan backspace dan reka ayat yang lebih kebabom. (kebabom sangat !)

kesimpulannya tak tersimpul dah. pasal macam dah lari topik pon ada kan. senang kata kita lalui saje apa yang ada sekarang. jika ia datang dan memberi satu makna besar buat diri kita, hargai sebaiknya. jangan lepaskan sesuatu yang kita rasa berharga. tapi sebagai manusia kadang kala kita buta dalam menilai sesuatu perkara. depan mata kita sebenarnya permata bernilai tapi kita lebih nampak kilauan dari kaca disebaliknya.

tepuk dada tanyalah hati. orang kata ikut rasa binasa, ikut hati mati. jadi selarikanlah rasa dan hati serta dibantu akal fikiran. anugerah yang diberi Allah digunakan sebaiknya. setiap yang datang dalam hidup kita ni ada sebabnya. cuma baik atau buruk hanya DIA yang tahu dan kita diberi akal untuk menilai. 

renung-renungkan dan selamat beramal !
 

4 ulasan:

normi nieza berkata...

baca spintas lalu..:)

Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah berkata...

is blogwalking sambil isi tabung untuk masa depan yang cerah

iskandarX "ACE"
Info Corner by Noor Mala Shahar

[5rUs] berkata...

pe yg dtg tu? jeng jeng jeng

Nur Zulaikha berkata...

jangan dikenang bende yang lepas..huhuhu