12 November 2012

Kisah Tragis 10/11/12

hai guys !

bagi sesetengah orang pasti tarikh 10/11/12 ni adalah tarikh cantik dan sesuai untuk buat majlis tunang/nikah/kahwin kan. tapi tidak bagi Oshin lepas ditimpa dugaan pada malam tersebut. siapa sangka dalam kelalaian sekelip mata barang berharga hilang diambil orang.

kejadian berlaku waktu parent Oshin keluar ke bandar yang mana Oshin ingatkan cuma ayah keluar seorang diri. sementara tu Oshin duduk bilik sambil siapkan website. memang Oshin ada dengar orang masuk ke bilik parent tapi Oshin sangka mak yang masuk. so Oshin teruskan buat keje di bilik.

tak lama lepas tu ada dengar orang start motor depan rumah dan sekali lagi Oshin sangkakan tetamu dari rumah jiran depan. then parent balik dan masuk bilik baru sedar yang rumah kami dimasuk orang. menggigil satu badan Oshin bila tau. dan terasa Oshin dipersalahkan sebab tak peka dengan keadaan sekeliling. huhu.

then terus ke balai dan buat report. kemudian polis datang rumah dan buat siasatan. aduhai hingga saat ini Oshin masih trauma dan fobia. bila malam menjelma je seluruh badan ni menggigil dan sentiasa rasa ketakutan. huhu. Oshin memang takkan lupa kejadian ni sebab selama 26 tahun Oshin duduk kat rumah ni, tak pernah lagi ada kejadian macam ni.

p/s : sentiasa pastikan pintu rumah berkunci walaupun anda keluar hanya 5 minit.

5 ulasan:

Melastik Bintang berkata...

sentiasa peka tau...
rumah berkunci pun boleh masuk...ni kan pula rumah tak berkunci..

Oshin berkata...

tu la pasal...nampaknya kene pasang mangga 20 biji kat setiap pintu ni huhu

Mia Liana berkata...

alahai sabar ya... kena kuatkan semangat...

Farah Zahid berkata...

takziah.. xpelah, dah lepas.. harta benda boleh cari, nyawa tu mana nak cari ganti kan..
cuma akan dtg kena lebih berhati2..

Oshin berkata...

sis Mia : tengah kumpul semangat balik ni huhu

farah : betul2...harta boleh dicari tapi nyawa blum tentu ada gantinya....thanks :)